HATI INI...
kian ku rasa... hati ini semakin membatu sukar ku bentuk kerna bentuknya pejal semata bukan rasa terluka cuma rasa cuak usahlah rindu dan kasih datang bertandang di hati membuatkan aku kian terhimpit menanggung kesuma cinta biarlah aku berada di persada tinggi menjulang langit namun ku masih ingat bahawa kaki ku masih terjejak di bumi... hati ini biarlah ku pujuk rayu usahlah kau mengeluh mengharap kasih yang belum pasti ku teruskan perjalanan ini dengan hati yang sepi duhai insan yang pernah hadir dalam hatiku bukanku memandang rendah dirimu tapi aku masih lagi keliru usahlah dirimu mendesak kerana ku pasti hati ini masih lagi membatu belum sedia menerima kasihmu carilah insan lain yang lebih baik duhai insan yang pernah mengharap kasihku maaflah daku kerana pernah menghampakan dirimu bukan ku tak sudi kerana jodoh ini bukanlah untuk ku cinta mu bukannya untuk ku sebelum terlambat... ku ucapkan Selamat Pengantin Baru Doaku titipkan agar kekal berpanjangan Bahagia menyusuri perjalanan