Posts

Showing posts from July, 2010

Tazkirah 2 >> Malam Nisfu Syaaban

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].Dari Abu Hurairah r.a : Nabi saw bersabda : “Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Syaaban dan dia berkata : “Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintulah rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit”. Kata saya : Hai Jibrail, apakah erti malam ini?” Dia menjawab : “Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah swt mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatupun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, ma…

Ku Titip Doa Ini Buat Insan Yang ku Sayangi....

Sedih Risau ditinggal pergi Pilu Meratah sekeping hati Menangis Tiada yang tahu Doa Tiada putus mengalir Pesanan Tergiang dalam ingatan
Saat ini Jauh sekali tenggelam Ke lubuk dasar keperitan Meraung tiada dengarin Hanya air mata menitis hiba Nafas berdengus sayu Kasihnya berpupuk lebat Zikir bertali arus Hanya mampu memandang Hanya mampu mendengar
Ya Tuhanku Yang Maha Menyayangi Yang Maha Mengasihani Semua hamba-hambaNya Berat sungguh dugaanMu Kepada insan yang ku kasihi Berilah belas kasihan kepadanya
Limpahkan kasih sayangMu Kepada insan ini Yang sangatku sanjungi Agar dia sejahtera semula Bangkit semula meneruskan kehidupan ini Ringankanlah kesakitannya Agar dia mampu tersenyum semula Kerana senyumannya Bisa memberi sejuta kebahagiaan Kepada mereka yang mengenalinya...

Tazkirah 1 : Solat

Assalamualaikum wbt.
Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.
Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.
Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T,…

Dunia Di Penghujung Nyawa

Adakah KIAMAT sudah hampir????
Dalam Al-Quran Allah telah berfirman bahawasanya KIAMAT terjadi hari JUMAAT!!!!
Banyak² kita beristighfar dan berdoa pada Allah semoga dosa² di kita ampuni.

22 Tanda Kiamat Semakin Hampir
1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan ).
2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui internet, iklan, buku, gambar, risalah atau filem.
3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.
5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.
6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8. …