Posts

Kini Aku Kembali...

Image
Assalammualaikum... Maaf bila lama dah tak bersua di sini Rasa hampir 4 tahun...
Bukan ku menyombong... Tapi ruang untukku sudah menjadi sempit Alhamdulillah...ku pulang ke pangkal jalan Tiada ku lupa bila setiap luahan sering menjengah Izinkan aku terus mencoret...
Dulu single...kini sudah berdua.. Belum rezeki lagi untuk bertiga... InshaAllah...Doakan untuk kami... Kami doakan untuk kalian juga..
Cukup di sini untuk kali ini.. Harap kita dipanjangkan usia Dipinjamkan kesihatan yang baik Semoga berjumpa lagi di lain hari
Assalammualaikum....
Cik Bulan aka fieza_sauti

Cerita Cik Bulan

Image
Terima kasih buat seseorang yang selalu hadir semasa aku sering mengalami kegagalan untuk mengenal pasti di sebalik rasa jiwa yang semakin keliru dengan kehidupan walaupun sebenarnya aku sendiri yang mencari penyakit. Aku tidak pernah menolak takdir kehidupan aku yang masih lagi bersendiri....mungkin 'rezeki' jodoh ku masih kekal rahsia Allah.


Terima Kasih Atas Teguran Dan Nasihat...
Hamba Rasa Teruja Untuk Memulai Langkah Baru... Harap Hamba Masih Lagi Tidak Terlewat... Terima Kasih Buat Teman... Kerana Sudi Menjadi Backup... Maaf Andai Ada Yang Terasa... Kerana Hamba Insan Biasa... Ada Kurang, Ada Lebih... Sama-sama Melangkah Dan Buat Yang Terbaik... Insyallah...

Hatiku Terluka Lagi....

Bukannya aku meminta KASIH
Cukuplah hanya di sisi
Namun ia tetap pergi
Kerana KASIH itu sudah tiada

Bukannya aku meminta SAYANG
Cukuplah hanya ucapan
Namun ia tetap menghilang
Kerana SAYANG itu sudah tiada

Meskipun aku hanya insan biasa
Tiada rupa mahupun darjat
Hakku hanya ingin DIKASIHI
Inginku hanya ingin DISAYANGI

Kini hanya tinggal hati kosong
Kosong tiada jiwa
Biarku tetap sendiri
Kerana takdir ku
Sudah tersurat
Kerana aku tahu satu perkara
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya
Biarpun aku hanya tahu menangis dalam hati.....

Mimpi Semalam

Tergapai ku dikejar mimpi
Hampir mimpi ku sangka realiti
Terasa segalanya berpijak di bumi
Gusar gundah gentar di hati

Yakinku ianya tiada erti
Namun hatiku berdolak lagi
Kenapa ia datang menghampiri
Puasku usir ke jauh dari sisi

Hatiku cuba menangkis lagi
Ia hanya mainan mimpi
Kupasti takkan ada lagi
Mungkin ianya pertunjuk Illahi

Wajah pagi disinar mentari
Ku bangkit menyegarkan diri
Dalam hati ku berdoa menadah jari
Andai ianya hanya mimpi cukuplah sekali...

Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps

Image
Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.
Mengapa lelaki mendengar seperti patung Mengapa peta boleh menyebabkan perceraian Mengapa lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta Mengapa lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan Mengapa 

MAHLIGAI BERNAMA CINTA....

Padamu ku serahkan 
Suatu yg bernama cinta 

Kupeluk jasadmu dalam bayangan 
Biar tak terasa namun kubahgia 
Resahku berlalu 
Rindupun bertakhta 
Mengharap mimpi memutik kenyataan 

Tersentuh di jiwa 
Terkesan di hati 
Kemelut nan melanda di minda ku ini 
Ingin ku katakan 
Tapi tak berani 
Bimbang jika kau berubah hati 
Menjadi benci 

Satukan dua jiwa ini 
Di mahligai bernama cinta 
Biar harus aku korbankan 
Kaulah segalanya 
Kasih dapatkah kau mengerti 
Apa yang tersirat di hati 
Bukan gurauan 
Satu kebenaran 

Nyata impianku bukan khayalan 
Kesabaran kini ternyata bererti 
Kesetiaanku telah dihargai 
Kujanjikan kebahagiaan untuk selamanya 

Satukan dua jiwa ini 
Di mahligai bernama cinta 
Biar harus aku korbankan 
Kaulah segalanya 
Kasih dapatkah kau mengerti 
Apa yang tersirat di hati 
Bukan gurauan 
Satu kebenaran 

Tabahkanlah hatimu oh kasih 
Mengharungi dugaan 
Ku tetap disisimu oh kasih 
Usah kau curiga 
Percayalah sayangku...