Posts

Showing posts from November, 2011

Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps

Image
Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza. Mengapa  lelaki mendengar seperti patung Mengapa  peta boleh menyebabkan perceraian Mengapa  lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta Mengapa  lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan Mengapa  apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri Mengapa  wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja Mengapa  lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar Mengapa  lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa Mengapa  lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik Buku  Why Men Don't Listen and Women Can't Read Map

MAHLIGAI BERNAMA CINTA....

Padamu ku serahkan  Suatu yg bernama cinta  Kupeluk jasadmu dalam bayangan  Biar tak terasa namun kubahgia  Resahku berlalu  Rindupun bertakhta  Mengharap mimpi memutik kenyataan  Tersentuh di jiwa  Terkesan di hati  Kemelut nan melanda di minda ku ini  Ingin ku katakan  Tapi tak berani  Bimbang jika kau berubah hati  Menjadi benci  Satukan dua jiwa ini  Di mahligai bernama cinta  Biar harus aku korbankan  Kaulah segalanya  Kasih dapatkah kau mengerti  Apa yang tersirat di hati  Bukan gurauan  Satu kebenaran  Nyata impianku bukan khayalan  Kesabaran kini ternyata bererti  Kesetiaanku telah dihargai  Kujanjikan kebahagiaan untuk selamanya  Satukan dua jiwa ini  Di mahligai bernama cinta  Biar harus aku korbankan  Kaulah segalanya  Kasih dapatkah kau mengerti  Apa yang tersirat di hati  Bukan gurauan  Satu kebenaran  Tabahkanlah hatimu oh kasih  Mengharungi dugaan  Ku tetap disisimu oh kasih  Usah kau curiga  Percayalah sayangku...