Tuesday, December 14, 2010

Destinasi


Dalam rentasan embun pagi
Sedayanya bertahan
Dinginnya mencengkam tulang
Sesusuk jasad sentiasa menunduk
Kaki tetap gagah menyusur
Pandangnya tetap ke depan
Nun jauh tiada terjangkau


Asyik kakinya terbenam
Batang reput tiada tahan terbeban
Sering terduduk menyapu lumpur
Selut di pinggir tetap diredah
Niat hati teguh terpahat
Asal sampai ke hujung jalan
Senyumnya menghias bibir
Duduknya merehat urat
Sebelum mengerah tenaga tua


Air sejuk bekalan sehari
Nasi dingin dan ikan masin
Sesekali air kopi pahit
Diteguk perlahan
Meresap seluruh rongga
Senja di bawa pergi
Melabuh menanti malam
Sekali lagi kaki dihayun
Namun tetap sampai
Ke destinasi