Posts

Showing posts from April, 2010

Bicara Malam

Image
kebisuanmu mencacatkan indahmu mencantikkan peribadimu misteri dirungkai buta kaki langit senyum meninggalkan jejak menantikan siang
aku faham sempurnamu amat istimewa hadirmu seumpama penglipur pendengar setia kala berduka walang indahnya bagi mengerti halau segala rongga pedih
kadang ku leka nantikan kadang ku tega usirkan tapi kau tetap setia duhai malam.... tiada yang setia dirimu
ku nantikan bicaramu andai tika ini kau mendengar bisikan jiwa pasti kau akan mengerti kerana ia sentiasa bertaut
kasihnya malam membidangkan bulan menghamparkan bintang hanya malam berbicara seindah kata....

Insan Bernama Kekasih (Unic)

Debar hatiku membisik rindu
Ingin aku katakan kau gadis idaman
Adakah mungkin kau kumiliki
Untuk aku jadikan insan bernama kekasih..

Keayuan yang tergambar lukisan nur iman
Bersulamkan keindahan santun perkataan
Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan
Mengusir segala resah di jiwa

Kusampaikan salam ucapan mesra
Dan merisik khabar berita
Masihkah ada peluang
Untuk ku melafazkan cinta

Umpama rembulan jatuh ke riba
Mendengar khabaran darinya
Padaku kau memendam rasa

Pada Mu oh Tuhan
Ku memohon keredhaan
Nur kasih yang ku damba
Kekal hingga ke syurga

Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya
Moga dipeliharakan tulus cinta kita
Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya
Dengan lafaz pernikahan yang mulia..

Datanglah kasihmu dalam diriku
Menghiasi ruang hatiku
Akan kusambut dia dengan
Sujud penuh kesyukuran

kuharap jalinan kian berkepanjangan
selagi kasih yang terbina
kelana cinta kepadanya
kau ku sayangi teman sejati
dikaulah sesungguhnya
insan bernama kekasih....

Puteriku Sayang (Hijjaz)

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi Berpegang pada janji mengabdikan diri
Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama Tiada siapa yang akan boleh merampasnya Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri
Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara Mahligai syurga itulah tempatnya

Kerinduan ini...

Image
ku bisikkan kerinduan ini.. melangkau zaman entah bila boleh bersua tidak tertanggung rasa duhai kekasih Allah....
ku bisikkan kerinduan ini.. dalam hati berlagu riang syukur ku bertaut sentiasa menyebut namamu mengenalimu walaupun sekadar sejarah...
ku bisikkan kerinduan ini... berkongsi dengan umatmu tanda kasih yang tidak berbagi ku curah rindu ini bahagia menyelinap dalam hati kerana cinta kita tetap sama hanya Allah Yang Esa...