Posts

Showing posts from November, 2009

HATI INI...

Image
kian ku rasa... hati ini semakin membatu sukar ku bentuk kerna bentuknya pejal semata bukan rasa terluka cuma rasa cuak
usahlah rindu dan kasih datang bertandang di hati membuatkan aku kian terhimpit menanggung kesuma cinta biarlah aku berada di persada tinggi menjulang langit namun ku masih ingat bahawa kaki ku masih terjejak di bumi...
hati ini biarlah ku pujuk rayu usahlah kau mengeluh mengharap kasih yang belum pasti ku teruskan perjalanan ini dengan hati yang sepi
duhai insan yang pernah hadir dalam hatiku bukanku memandang rendah dirimu tapi aku masih lagi keliru usahlah dirimu mendesak kerana ku pasti hati ini masih lagi membatu belum sedia menerima kasihmu carilah insan lain yang lebih baik
duhai insan yang pernah mengharap kasihku maaflah daku kerana pernah menghampakan dirimu bukan ku tak sudi kerana jodoh ini bukanlah untuk ku cinta mu bukannya untuk ku sebelum terlambat... ku ucapkan Selamat Pengantin Baru Doaku titipkan agar kekal berpanjangan Bahagia menyusuri perjalanan mu
Hati ini.... biarlah membeku menant…

Kem Pertaulihan KRS (KPLI Jun 2009)

Minggu lepas sebab aku tak ader update blog aku sebab aku pergi Kem Pertauliahan KRS di Tanjung Resang, Mersing, Johor...bersama2 dengan IPG IPRM, IPTI dan IPTHO ..sekarang aku dah naik pangkat ler....jadi Leftenan Muda KRS....hehe....ada gaya mcam Leftenan x?? Sebenarnya aku sekarang tengah buat assignment Pendidikan Islam...erm...baru 2 muka surat...sedangkan lusa nak antor der.....tapi idea tak kunjung tiba....tak per...kena rasional..insyallah..aku leh siapkan assignment ini....
Sepanjang pertaulihan tu, hehe......banyak peristiwa yang berlaku...lucu eh......bila dikenang balik, rasa ketawa terbahak2....segar dalam ingatan....
Mula2 sampai, rasa takut pun ada...tapi tabahkan hati jugak......yang menonjol sekali semasa pertauliahan adalah aktiviti berkawad....memang seronok sebab lama dah tak berkawad.....rindu zaman sekolah.....lepas tu ada kemahiran tali temali...yang ini memang aku mahir......hehe....lepas tu ada bantu mula...(bantuan kecemasan)....tapi tak lama duk dalam dewan t…

Kursus Pertauliahan Kader Remaja Sekolah Zon Selatan Untuk Ambilan KPLI Jun 2009

Image
***SEBENARNYA ADA LAGI GAMBOR.....INSYALLAH...NANTI SY UPLOAD GAMBOR LAIN.....WILL CONTINUE AFTER I WATCH 2012.......KEKEH......

Untuk Asha.....Selamat Hari Jadi......

Image
Selontar ucapan khas untukmu Seukir senyuman maya buatmu Tidak ternilai persahabatan yang terhulur Buat diriku dirimu begitu beharga Tidak terbanding dengan kata-kata
Selamat ulang tahun kelahiranmu Kehadiranmu penyeri kehidupan insan Penyuluh cahaya dalam gelita Umpama purnama bulan di kala malam
Perutusan tabir melangkau zaman Seketika terhulur hijap di depan Namun dirimu langsung tidak tergugat Tetap sekukuh tugu karang Biarpun ganas ombak menghempas daratan Mimpimu diulit indah belaka Biarlah menjadi realiti sebenar Doaku moga dirimu kekal bahagia
Andai suatu ketika nanti Kita bisa ketemu jua Biarpun bertahun menunggu Hari keramat itu pasti akan muncul Walaupun berjumpa dalam dunia maya Kemesraan tetap dirasai.....
*Selamat Hari Jadi....semoga murah rezeki dan bahagia selalu .......AMIN*

Remaja vs. Dewasa

Di petengahan usia yang hampir menginjak 26 tahun yang bakal menjelma, membuatkan aku berfikir sejenak menembusi hijab yang selama ini di halang oleh tembok yang sedia ada dibuat oleh diriku sendiri. Adakah aku sudah termasuk dalam golongan "DEWASA" atau masih lagi berada dalam alam "REMAJA" sedangkan aku masih lagi rasa aku masih belum lagi bersedia untuk meninggalkan zaman "BUJANG". Entahlah aku masih lagi ragu2 untuk mencari teman yang boleh aku hidup bersama sepanjang usia. Mungkin sebab aku asyik dengar kes2 cerai berai, membuatkan aku takut untuk berkahwin. Memandangkan aku bakal ditempatkan ke kawasan pedalaman, kadang-kadang sifat ingin tahu semakin melonjak2. Apakah nama sekolah tempat aku akan dipostingkan?? Rasa tak sabar vs. takut vs. gementar vs. .........tak tahu lagi dah bercampur aduk seluruh perasaan.... Kadang-kadang aku masih tak faham...(lagi kes tak faham entah apa benda lagi yang aku tak faham tentang dunia nih), semakin "benda&…

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

Image
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil cerita politik.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah bagi…