Monday, August 31, 2009

Pengalaman Berasaskan Sekolah

Ya Allah....berdebarnya jantung ku hingga ku rasa macam nak tercabut rasanya...kerana esok aku akan pergi PBS di SK. Agama Sarikei, Sarikei.....Ya Allah tabahkanlah hati, teguhkan imanku, berikanlah aku kekuatan untuk menempuhi hari esok, lancarkan segala perjalanan hidupku....bertapa gemuruhnya aku bila mengenangkan hari esok.....harapanku hanya satu, biarlah esok berlalu dengan lancarnya.....seolah2, aku akan memulakan langkah ku masuk ke penentuan di mana aku akan dinilaikan.....Semoga hari esok adalah hari yang cerah bagiku....Insyallah......

Friday, August 28, 2009

ALKISAHNYA........perjalanan seorang guru...



ini gambar masa nak pergi ke pasar malam di Bukit Raja, Melaka

Entahlah pada mula2 aku menerima tawaran sbg guru pelatih untuk kursus bimbingan & kaunseling, aku jadi binggung dan keliru, tidak rasa keruan kenapa??? kenapa...sedangkan pada masa intvw aku mohon Bahasa Melayu...tapi yang dapat adalah Bimbingan & Kaunseling....bergelojak juga rasa hati ini walaupun tak segah tsunami, masih lagi aku me'rasional'kan jiwa...tak lah sampai nak bunuh diri...masih waras lagi...lepas tu aku terkejut, aku dapt kat KPM di Melaka....lagi rasa nak melompat...tapi aku terima juga tawaran kerana aku fikir, insyallah aku boleh harungi dan akan terima apa sahaja jadahnya asalkan aku boleh bergelar guru. itulah cita2 aku sejak kecil lagi....memang aku minat untuk jadi guru...pertama kali aku dipanggil guru adalah semasa aku tengah tunggu result STPM......jadi disitu banyak pengalaman yang aku dapat semasa aku mengajar di SK St. Peter, Saratok.....di situ aku menelan segala asam garam dan pahit manis...haha...mula2 berdepan dengan budak2, hehe...berbagai tip yang aku dapat dari Cikgu Azmi dan Kak Hanan......akhirnya, berjaya aku menghadap muka 21 orang murid di kelas 2S dan 2B......hehe...sekarang baru aku mengerti bagaimana rasanya mengajar...tiap2 hari aku pergi kesekolah, aku rasa bersemangat sekali.....kemudian pada tahun 2008 - 2009, aku mengajar semula selepas aku mendapatkan degree dalam bidang pengurusan dan komunikasi USM.....bermulalah kehidupan aku untuk bergelar sekali lagi....inilah perluangnya kerana aku akan mengajar budak2 yang tak jauh beza umurnya dari ku...budak form 5 dan 6...yang aku boleh anggap seperti adikku sendiri.....lebih2 lagi Kesusasteraan Melayu...memang subjek yang aku paling minat sekali....aku siap beli buku teks Sulalatus Salatin dan Prosa Tradisional....memang giler lah aku minat dengan subjek ini.....mungkin kerana aku ni orang yang klasik sikit kot......orang yang berjiwa orang lama.....di SMK Kalaka, Roban..aku mengenal ragam dan juga menimba seberapa banyak ilmu dan juga kawan2 yang banyak membantu.....sejujurnya, aku rasa seronok sepanjang berada di sekolah itu...apa yang aku buat, aku rasa sangat berbaloi...jiwa aku rasa seronok mengajar........tak pernah aku rasa seseronok itu dalam hidupku.....sumpah.....terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Boo Mei Lian kerana sudi memberi peluang kepada aku untuk mengajar.....begitu juga kepada Pengetua, Cikgu Dominic Sullang Majang...setiap kali taklimat, beliau begitu menggalakkan anak buah untuk maju di hadapan.....memang seorang pentadbir yang begitu bertanggungjawab dan mengambil berat hal kebajikan anak2 buahnya.....begitu juga kepada guru2 yang lain, Cikgu Siti Sara (sepupuku sendiri), Cikgu Maling, Cikgu Jelian , Cikgu Kennedy, Cikgu Ajik dan ramai lagi......kita adalah rakan seperjuangan.....hehe......masa cuti, pulak tahun 2008, memang tak der cuti, tapi seronok berada di sekolah, dapat menghias bilik perpustakaan, bilik guru dan menyusun buku dan mengemas kini data buku2 yang tak terbilang banyak...hehe......bersambung

Thursday, August 27, 2009

Masa Kursus Kepegawaian Olahraga....



Masa ni tengah dok kalut dengan H1N2...tapi semua program tetap bejalan lancar cuma ambik langkah berjaga2......kena pakai mask 24 jam...ishh....

Kala Dingin



Kala bersempuh Dingin menusuk ke tulang Teringat pesan sang kekasih Jadikan sunat sebagai amalan harian nescaya wajib turut jadi kebiasaan duhai jiwa yang gundah kenapa duka lara tidak terubat gelisah bergelora siapa yang menduga kasih yang diharap tiada kunjung datang biar kenangan asyik mengunjung tiba.... tiada tertembus firasat kerana hati tiada perasaan mohon mimpi ingin bahagia teman jadi sandaran tapi sampai bila... jiwa ingin berteman asyik cemburu melihat teruna dara asyik memadu asmara.... hehe...tapi teman jadi penglipur lara gelojak hati bisa tertahan terubat duka dek teman hilang rindu dek keluarga duhai hati, masa mu akan tiba kunjung bahagia cuma... sabar lah duhai hati... tunggulah biar berbunga..... semekar kuntum teratai yang mekar.....

Sunday, August 16, 2009

Melimpah ruah....

Entahlah
buntu menguasai rasa
malah tingkah laku
serasa bukan aku
kenapa tiada sedikit pun
ilham terlintas di akal
adalah aku sudah berada
ditahap memori otakku kini sudah penuh.....

bekas air yang semakin kosong
sekosong fikiran ku tika ini
langsung tidak memberi
manfaat atau faedah pun

ibu....
katamu masih ku ingat
bila gelas terlalu penuh
terisi air
apabila terkocak sedikit
pasti akan melimpah....

pada mulanya
aku langsung tak tahu
apa yang tersirat di sebalik kata-katanya
ya......
sekarang aku mula memikirkannya....

jika kita sebagai manusia
terlalu TAMAK
apabila DIDUGA
tentu akan berkocak IMAN

jika kita sebagai manusia
terlalu kerap MENERIMA
tidak pernah MEMBERI
bertambah BERGANTUNGNYA
kita dengannya tanpa BERUSAHA

jika kita sebagai manusia
banyak ilmu tapi tidak pernah DICURAH
semakin kita lupa SEGALA imu yang ada

rezeki......
kalau terlalu BANYAK
semakin kita sebagai manusia
hampir LUPA untuk BERSYUKUR...

Saturday, August 1, 2009

Melaka Bandar Bersejarah







ada bebrpa tempat tak pergi lagi, tapi selagi kat sini, insyallah....jalan semua tempat, kampung Portugis, kampung Melayu dan China Street.....tp lupa nak upload gambar...nantilah pergi lagi sekali, ambik gambar......huhu.....

BISA ( Balai Islam Syaiditina Aisyah)




Inilah dalaman di BISA (Balai Islam Syaiditina Aisyah) tak jauh dari pintu Gate B iaitu surau di maktab dan kegiatan agama dan kerohanian akan diadakan disini......tkalau tak sempat solatt di rumah, pergi lah ke BISA...jadi, hari2 lalu kat sini, setiap hari isnin dan jumaat, akan ada perhimpunan.....inilah baju tenun di maktab....surau ini tak jauh dari asrama.....

Hari2 di Maktab


Minggu Pengurusan Pelajar Baharu yang berjalan selama 5 hari, dan menjadi tradisi disini, tudung srikandi yang berwarna kuning ini yang mempunyai logo maktab dipakai sepanjang pengurusan. Inilah keunikkan maktab ini selain dari pelajar yang hanya terdiri daripada perempuan......tapi ada juga lelaki...KDP atau KDC....alhamdulillah segalanya berjalan lancar....
hari2 melalui jalan ini dari gate B (Pintu belakang maktab) rumah sewa terletak tak jauh dari maktab, lebih kurang 15 perjalanan, dan kalau jalan cepat lebih kurang 5 minit jer...kalau lari lebih kurang 1 minit jer kot...nanti buat eksprimen....dengan beg besar, ada macam2 ada dalam beg.......bukan buku jer...tapi ada baju salin untuk aktiviti GERKO di sebelah petang.....TKRS dan bola jaring selain dari permainan....

Balada Untuk Guru

Guruku

Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.

Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.

Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.

Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.

Zam Ismail
Seremban
1985