Wednesday, September 30, 2009

Beraya di Melaka...umah Pakcik Razak







Ini beberapa gambar yang diambil oleh Faza malam tadi masa pergi beraya...dan dapat makan free....hehe.....lepas ni nak pergi makan free lagi dalam minggu ini...insyallah....rezeki jangan ditolak.....cuma tolak batu dan kayu jer.....asam pedas daging malam tadi sedap nyer....udang masa sambal, sayur masak santan, ayam goreng, ikan sepat goreng, makan lagi kuih raya...hehe.....gi umah orang, nak beraya...malu jugak nak makan......

Senandung Kasih....Selayang Cinta....


pelepah rindu asyik ditiup angin sepi

sepi dalam hati sukar untuk diusir pergi
lemparkan ketenangan ke dalam jiwa
agar bisa ku bernafas lega
biar mimpiku terulit indah
tak terpinta dalam realiti
mata sering tersalah tafsir
kerana hati sering diduga
oleh kasih yang tak bertepi
tiada kunjung tiba
walaupun hati ini ingin......



Rindu....

Rindu...
bukanlah istilah yang betul untuk merungkapkan perasaan ini....hehe.....kawan2 dah sibuk nak booking tiket pulak nak balik cuti sekolah nanti sementara AirAsia masih ada offer...hehe..sedangkan, belum lagi sampai seminggu duk kat Melaka.....itu lah kekuatan rindu...
kenapa ada rindu sentiasa bertapak dalam hati setiap insan, namun ada juga yang menafikan perasaan rindu...

aku dah lama dah tak update blog ini..sebab kat kpg susah nak connect internet kerana maklumlah...kpg yang agak pedalaman ini....kemudahan yang masih lagi terhad dan kurang...kekacauan minda jugak bila tak dapat update blog, banyak perkara yang perlu difikirkan sehinggakan jiwa dan raga menanggung beban yang agak berat jugak ler....tapi sesungguhnya sepanjang hayat aku, orang yang paling aku tabik hormat adalah ibu dan arwah abah....

ibu.....bila aku sebut jer "ibu", terselit rasa rindu, bukan sahaja sekelumit, tapi gelojak rindu yang rasanya boleh buat aku mengalirkan air mata tanpa disedari....itulah power ibu......yer...sejak abah pergi menghadap Pencipta, ibu semakin hari semakin tabah...sepanjang aku bersama ibu, jarang aku dengar keluhan....memang ada keluhan, tapi yer lah..ibu pun manusia biasa....siapa yang nak ditinggalkan oleh suami sedangkan masa itu, ibu baru sahaja lepas habis pantang.....abah telah dipanggil kembali kepadaNya.....dan anak mana yang sudi ditinggalkan oleh ayah atau abah pada saat dia amat memerlukan sokongan dari insan yang bergelar abah....bapa.....

ibu....menanggung rindu yang teramat sangat kerana aku tahu ibu sering jer melihat album2 lama dulu...walaupun arwah abah dulu tak suka bergambar....masa ibu dan abah kawin dulu pun, tak der gambar.....lebih2 lagi, perkahwinan atas kehendak kedua2 belah pihak keluarga.....abah dan ibu pun bukannya orang lain, sepupu......jarak usia ibu dan arwah abah pun hampir 10 tahun.....

ibu bertindak mengantikan tempat arwah abah...sekaligus terpaksa menanggung segala tanggungjawab rumah dan luar rumah...aku pada masa tu, tingkatan empat...16 thun, masa ibu menguruskan pencen arwah abah, aku pulak jadi ketua rumah sepanjang ibu tak der kat rumah....aku pergi bayar bil rumah, jadi tukang masak, jaga adik yang selalu jer menangis....yerlah...adik-adik aku semuanya rapat dengan arwah abah....

satu yang aku betul2 sayang kat arwah abah...sepanjang hayatnya, kasih sayang tak pernah putus2 dan sentiasa melimpah di berikan kepada kami adik- beradik dan ibu...tak pernah meninggikan suara malah tak pernah menjentik kami adik-beradik...sebab itulah ramai pelajar-pelajar arwah abah dulu sukakan arwah abah......walaupun muka nampak garang, tapi hati arwah abah lembut dan mudah tersentuh.....

erm...nantilah aku sambung lagi...aku pun ada lagi assignment yang nak kena buat.......minggu depan nak BIG.....aku fobia dengan laut....

Friday, September 18, 2009

Setulus Kasih Ibu...

rentak bayu mengalun lagu
sekeping hati menjadi sayu
lantaran jiwa kosong sepi
tergenang air mata
menitis ke pipi tua
hilangnya kasih
tiada di pinggiran

hala kaki ini
melangkah tiada tujuan
hanya sekadar membawa
hati sunyi ini
menanti harapan
yang pasti tak kunjung tiba

di sini....
hakikatnya inilah rumahku
syurgaku
tempatku mengisi masa2 terakhirku
sebelum aku kembali kepada-Nya
duhai anakku...
moga hidupmu sentiasa diberkati
moga dirimu bahagia selalu
cuma satu pinta ibu tua ini...
jenguklah ibu...walaupun hanya seketika...
cukuplah sekadar melepas rindu
rindu seorang ibu.....

Tuesday, September 15, 2009

Tidurlah Kasih.........

kolam mata sudah puas bergenang
hanya menunggu
mengalir setenang tasik hijau
walaupun berkali-kali
menafikan kebenaran jitu
tetap jua sinis
malam purnama
gemersik suara unggas
tetap jua
langsung tidak mengusik hati lara
tidur di puja tidak mahu terpejam mata
tidur lah nyawa
tidur lah mimpi lena
agar bisa kau tersenyum kembali
walaupun parut tetap berbekas
ingatlah ada lagi kasih yang menanti
sumpah lah dalam hatimu
usahlah menangis sayang
kesatlah air matamu
masih lagi ada kasih tulus
menanti di seberang sana.......

Thursday, September 10, 2009

MALAM PERTAMA AKAN TIBA.....



Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata

Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara
Hari itu... mempelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. ..
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...
Itulah sosok Kita.....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Kerana sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita.....
Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... .. . tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir
Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan

Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan
Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah...
Dan ketika 7 langkah tlah pergi....
Sang Malaikat lalu bertanya..
Kita tak tahu apakah akan memperolehi Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperolehi Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu.....

Wednesday, September 9, 2009

Penyerahan Watikah Ilmu















Inilah SK Agama (MIS) Sarikei, di mana aku telah membuat PBS selama 2 minggu.....
alhamdulillah....majlis penyerahan watikah Ilmu kepada pelajar T.6 telah berjalan dengan lancar......gambar di atas adalah sesi majlis tersebut berjalan.....

Tuesday, September 8, 2009

UPSR.....semoga berjaya anak2 ku.....SK Agama (MIS) Sarikei....

Hari ini ada majlis pembacaan doa selamat untuk pelajar T.6 yang akan menghadapi UPSR pada pukul 8 pagi nanti.....hehe....sampai jer aku kat sekolah, pelajar bersalaman dan aku mengucapkan selamat berjaya dan semoga tenang dalam menghadapi ujian....sejuk tangan diorang....hehe....sebelum ini ada beberapa program yang telah dijalankan pada minggu lepas iaitu, majlis penyerahan watiqah ilmu di mana guru2 menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada pelajar T.6 dan berharap ilmu itu membantu pelajar2 ini mengahadapi UPSR pada hari ini....pada hari Jumaat yang lepas, majlis telah diadakan dan alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan dari ibu bapa dan penduduk kampung serta pelajar dan guru2....ada sesi menangis di mana terharu apabila, telah diberikan kata2 motivasi kepada pelajar2 oleh GB dan sekaligus mengharukan perasaan semua orang di dewan tersebut....syukur alhmdulillah....kemudian pada hari Sabtu, aku dan Ema membantu Cgu Jeffery mgantung banner dan bendera... bendera malaysia dan sarawak pulak tuh.....dan semalam pula baru dibuat sedikit aktiviti LDK untuk pelajar T.6 untuk merelexkan minda pelajar. Tajuk LDK semalam adalah "Pulau Impian"....di mana pelajar masing2 mngetengahkan bakat dalam pembentangan bagi Pulau Impian yang mereka bina dan direka kumpulan.....

Thursday, September 3, 2009

Hari Yang Dilalui.....PBS

Esok merupakan hari penyerahan watiqah UPSR untuk pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan...jadi Unit Bimbingan dan Kaunseling Sk Agama (MIS) Sarikei akan mengadakan majlis tersebut sebelum majlis berbuka puasa.....jadi majlis tersebut akan diadakan pada sebelah petang....hari ini sibut sikit nak hias pentas dengan banner yang cantik..(nanti saya upload gambarnya)...letak bunga2 dengan pertolongan murid2 tahun 4Cemerlang....lelaki dan perempuan....seronok juga kerana lama dah tak buat benda2 nih.....yang penting adalah pengalaman....bukan selalu kita dapat buat benda ini yang sememangnya akan menjadi salah satu rutin apabila posting sekolah kelak....insyallah....program ini yang sepatutnya selalu diadakan supaya guru2nya akan lebih rapat dengan murid malah dengan guru2 yang turut menyumbangkan jasa dalam apa2 kegiatan.....Hari sabtu ni pun, kami sukarela turun untuk bantu Guru Bimbingan, Cgu Jeff untuk mengantungkan banner dan bendera kat sekolah kelak untuk memberikan semangat kepada pelajar Tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada minggu hadapan.....hehe

Tuesday, September 1, 2009

Hari Pertama PBS....

Alang2 dah bangun sahur pukul 3.00 pagi, makan, minum ala kadar, aku terus naik atas...langsung tak tdur lagi....kerana memikirkan..macam mana keadaan di sekolah tuh...akhirnya...alhamdulillah segala berjalan lancar, dengan kehadiran GB yang peramah, PK1 dan PK2 serta PKKKnya yang turut mengalu-alukan kehadiran serta tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah terbabit. Malah yang menarik perhatian adalah Guru Bimbingan yang turut memberi kerjasama serta sudi melayan segala pertanyaan kami....selain itu, kehadiran yang terdahulu daripada kami iaitu guru pelatih dari Maktab Rajang yang sedang menjalani Praktikum, serba sebanyak turut juga membantu kami untuk menyesuaikan diri di sekolah terbabit. pertama kali menjejak langkah di sekolah tersebut, seawal 6.45, sudah berkumandang arahan yang menunjukkan tidak lama lagi waktu untuk perhimpunan...seiring dengan doa, lagu negaraku serta doa Asma-Husna..dan beberapa pesanan yang disampaikan oleh guru PK1.....kemudian sejurus selesai perhimpunan barulah kami disuruh masuk ke dalam bilik GB dan diperkenalkan dengan guru Bimbingan.

Dalam satu hari, kami juga turut berpeluang melihat guru pelatih yang sedang praktikum menjalan kan sesi kaunseling kelompok dan turut dirakam dan ditemubualkan....apa nama pensyarah tersebut, ia...Encik Abdul Hadi....yang turut mengatakan bahawa beliau kawan kepada pensyarah Encik Abdullah Ismail. Dengan peluang tersebut, kami telah banyak menanyakan pengalaman PBS, pengalaman menjalankan kaunseling individu, kaunseling kelompok serta menjalankan beberapa aktiviti dan program sekolah serta apa perkara yang penting semasa menjalan Praktikum....fail2nya tebal2....ishx2......