Wednesday, February 24, 2010

Selamat Ulang tahun...buat akak tercinta...Cgu Asha...atas blog Miazlan.blogspot.com.


Tiada tempat yang lebih mengerti,
tanpanya ku rasa beban menghimpit,
kuluahkan segala rasa di hati,
tika jiwa diusik derita sempit,

dek tiada dimamah usia,
kekal setia peneman diri,
bosan tiada jemu tiada,
kuucapkan terima kasih diatas diri.......

p/s: Buat Cgu Asha....Selamat Ulangtahun atas blog tercinta...semoga sentiasa setia di sini.......



Sunday, February 21, 2010

Dari lubuk hati ini....

cukuplah ku menangis dalam hati...jauh di lubuk hati mungkin tercetus rasa kecewa namun jodoh adalah ditangan tuhan.....andai ini sudah tersurat bagiku dan dia...ku relakan asalkan dia bahagia....kerana aku tahu siapalah aku untuk menahan....biarlah ku lepaskan pergi....bagiku tiada cinta lain sehebat cintaku pada Allah....ku berserah pada MU, ya Allah....kerana cintaku adalah milikMU.....bukannya milikku yang hakiki....cukuplah sekadar Allah sentiasa di sampingku....doaku titip khas buatmu....agar dia bahagia dengan pilihannya...maafkan aku kerana pernah mengecewakanmu....bukan kerana sesiapa pun tapi sebab kelemahan diriku....sesungguhnya aku tidak layak untuk menerima kasihmu...sekadar hanya teman biasa...menangis dalam hati...tiada lg air mata mampu menampung kesedihan...bergelak ketawa bersama teman...cuba menghilangkan sebak di dada...usahlah ketara di raut wajahku...bukan salah dia....bukan salah aku...sudah takdir....jalan kita berhenti di sini....noktahnya muktamad...

Tuesday, February 16, 2010

Bisikan Rindu



aku...
dengar lagu rindu
sepi terjemah dalam sunyi
berulangku dengar
lagu yang sama
merintih ku dalam diam

aku...
dengar lagu menyentuh jiwa
tiada jemu
bergegar dalam taqwa
hanya doa penyambung nyawa
takdir ku syukur selalu
penawarnya hanyalah duka
airmata mengalir tak keluar

aku....
tinggalku sendiri
tinggallah aku....
temannya hanyalah aku dan Dia...

andai ada teman satu jiwa
akan ku suarakan
bisikan rindu
khas buatnya
suatu hari...pasti tiba...


Wednesday, February 10, 2010

Tiada Kekal Milik Abadi....

hati ini pilu mengenang diri
merantau jauh di mata
teringat kasih di seberang
meminta izin restu
sayang tidak berbagi

rindu menerpa dalam hati
tiada tertanggung dendam meraja
pandangan kosong seribu mimpi
kupingin cinta di hujung dunia

sapaan angin tetap setia
seolah tanganmu menyapu ke muka
daun menyentuh kepala
seolah jarimu menekap erat

pasir digenggam kian menipis
disapu ombak kian menganas
namun jiwa kental tabah dipujuki
biar rela diri dikecam
iman kekal menambat dosa

keras lembut permainan dunia
bawah atas sentiasa berputar
cadar cinta jadi taruhan insan
tiada kekal milik abadi...


Tuesday, February 2, 2010

Kasih Ibu Tiada Tolok Banding......

sudah hampir seabad berlalu
meninggalkan segala manis dan pahit
telus serap dalam ingatan
sudah sebati mengisi sempitan ruang
ingatku suatu ketika
susah payahmu terbayang dimata
sentiasa bermain di dalam kotak minda
dirimu tidak pernah berputus asa
atas anaknya relanya berjuang
demi sesuap nasi
dan tanggungjawab terbeban di bahu
dijaga amanah sepenuh hati
berbulan beralas nasi dan ikan masin
namun dirimu tetap tersenyum
kesana kemari mencari rezeki
tiada keluhan terluah di bibirmu
tabahnya ibuku teguh berdiri
di atas kaki sendiri
yang selama ini bergantung

duhai ibu
rindu ini khasnya untuk mu
kerana saat ini
ku berjauhan denganmu
andai keizinan Allah meminjamkan
jasad dan nyawa ini lebih lama
akan ku balas setiap jasamu
akan ku lap setiap titis peluhmu
akan ku pimpin tanganmu
akan ku bahagiakan hari2 tuamu
akan ku setia menemani mu
akan ku sapu bersih air matamu....
biarpun segala tidak terbalas hingga ke hujung hayatku


Petua Pelajar Cemerlang

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:

  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)