Thursday, October 29, 2009

Dari Seorang Teman.......Untuk Teman....


gusar di hati ku
putera menjeling
apakah maknanya
tersenyum ku sendiri
terkesima terpanah cinta asmara
malu mengaku hati dah terpaut
ketampanan sang putera idaman
perrgh.....
terkejut dari lena
ish....rupanya dalam bingkai igauan cuma
mana putera ku......
dari sana puteraku mencari
kekasihmu di sini
tetap menanti walaupun berkedut seribu
ishh......
andai putera ku tak kunjung tiba
jadi ANDARTUTAKU....tidakkkkkk.......


Monday, October 26, 2009

Kepiluan Tersentap

tidak terlihat bayangku sendiri
teringat pada ayahanda tersayang
pergi meninggalkan aku
tanpa ucapan mahupun ingatan
sekadar kalimah Allah
kedengaran di cuping telingaku

pilu hatiku seolah tiada tergapai
mahupun dilihat
seolah kabur tiada identiti
siapakah aku untuk menumpang kasih
melihat jasad di hantar keluar melangkah
ke perhentian yang baru

usah lagi menitis air mata
tapi air mata semakin dipujuk
mengalir tiada henti
kusam hatiku tiada dibendung
Ya Allah.....
Dikau lah tempat ku mengadu
tidak tertanggung beban ini
tidak tertanggung rindu sarat ini
ku mohon PadaMu, Ya Allah
Engkaulah Maha Pengasih....
Kasihlah hambaMu ini...
ringankanlah rindu ini

Sunday, October 25, 2009

Senyum VS. Ketawa

Daripada bekas pensyarah dahulu diemailkan kepada saya.....lama dah email ini, baru sekarang tergerak untuk membaca......renungilah untuk panduan kita bersama....


Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi. Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa. Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan. Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini. Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Ali, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan. Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan. Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula. Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian. Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70 peratus, manakala baki masa 30 peratus lagi adalah untuk senda gurauan. Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

Muhasabah:

Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat? Beruntunglah bagi Muslimin yang banyak meluangkan masa untuk membaca, menghadiri bengkel-bengkel ilmiah dan sebagainya lagi. Jika sebaliknya, maka tergolonglah mereka dalam kalangan mereka yang rugi. Cabaran untuk membina sebuah masyarakat yang benar-benar memanfaatkan waktunya ke arah kebaikan sangat hebat. Dengan hiburan yang melampau-lampau dalam masyarakat kita hari ini, ditambah pula dengan kurangnya agamawan yang mahir dalam selok-belok penyiaran televisyen, rasa-rasanya agak mustahil kita lakukan semua ini. Sekiranya lebih ramai agamawan yang mahir dalam bidang pembikinan media elektronik, maka kemungkinan besar masa-masa yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan. Sistem kehidupan bekerja yang dicipta oleh negara kita dan masyarakat antarabangsa pada hari ini ialah jumlah jam bekerja selama 8 jam (9 pagi sehingga 5 petang). Selepas tempoh bekerja, sekurang-kurangnya masyarakat kita akan berada di rumah dan meluangkan waktu bersama keluarga dengan mononton televisyen. Namun, sayangnya acara-acara hiburan itu dikuasai oleh golongan pengkarya yang melebihkan unsur hiburan, lagho sahaja. Jika ada acara-acara tv yang bermotifkan keagamaan sekali pun, jumlahnya sangat sedikit dan terhad. Atau, dalam erti kata lain, barangkali kita boleh misalkan begini..

Iaitu program hiburan, filem, drama, nyanyian dan lain-lainnya adalah hampir 80 peratus, dan selebihnya yang berjumlah 20 peratus lagi diperuntukkan kepada program-program yang bersifat keagamaan. Ditinjau dari sudut ini, akan tercapaikan hasrat, wasiat dan pesanan Rasulullah s.a.w, Saidina Ali k.w dan Hasan al-Banna? Maka, terletak kepada kitalah insan Muslim yang sedar untuk mengubah semua ini supaya masyarakat kita ini akan melebihkan banyak waktunya yang berkualiti. Iaitu, biarlah mereka lebih banyak didedahkan dengan program-program bermanfaat dan selebihnya adalah program-program yang bersifat santai sahaja.

Thursday, October 15, 2009

Kukuhkah Kasihku Pada Mu...........

hening dingin fajar subuh
membangkit rasa keinsafan
berkumandang alunan panggilan
menyeru menghadap-Nya
dekat ku pada-Nya
tenang jiwa rasa disayangi lebih
mengalir air mata tulus
sebak jiwa tiada tertanggung lagi
andai ada ruang untukku
izinkan aku sentiasa dekat denganMu
agar ku rasa dihargai
kukuh kasih ku pada-Mu.....

Tuesday, October 13, 2009

Sembelih ayam.......KPLI Jan dan Jun 2009
















Time ini masa penyembelihan ayam, sebenar hari sebelumnya adalah kursus pengurusan jenazah tapi gambar ada...insyallah nanti upload masuk dalam blog....ape2 pun...sekali sekala majlis ilmu macam ni memang seronok....hehe....ada member ktaorang yang "tersembelih" ayam hingga terputus leher ayam..tapi masih halal dimakan, cuma makruh sahaja.....hehe, yang tak tahan nyer, tergolek kepala ayam tuh....haha...gelak rasa mcm nak pecah perut..tak pernah dek dibuat orang...tiba2 je tergolek kepala ayam tuh...haha....... ....lepas sembelih ayam, kena cabut bulu ayam berserta dengan kulitnya sekali..mcm buka baju ayam jer....huhu....tolong masak beramai dan makan beramai2.......huhu....

Seindah Fajar Matahari





sesekali deruan laut berbisik ditelinga
hati ini diragut rindu purnama
puas di tembusi ke dasarnya
masih lagi merasa kosong
tapi sesekali hati ini
sentiasa mengucap syukur
kerana nikmat yang dilimpahi-Nya

tika senja berlabuh tirai
jendela ku tutup rapat
angin malam muda
berlumba-lumba
menerobosi setiap ruang yang leka
andai tiada pegangan yang kukuh
pasti tiangnya roboh
menyembah bumi
tidak terampun dosanya

perhentian yang rapuh
sekejap pun bisa rebah
jangan sesekali leka
sekali terleka sukar untuk berpatah balik
takut nanti titinya patah
lajukan langkahmu
usah di toleh ke belakang
ucapkanlah selamat tinggal
hadapi masa hadapan
kita boleh mencipta indah
seindah terbitnya fajar matahari.....


Sunday, October 11, 2009

Kenangan Bina Insan Guru (BIG)









Duhai Insan yang dirahmati......
lama dah aku update blog aku nih....
minggu lepas aku gi BIG kat Pangkalan Balak......
seronok jugak...tapi muka sunburn looorrrr......
inilah antara gambar2 yg aku masukkan.....walaupun sebenarnya ada lagi gambar yang cantik...nanti aku masukkan.......
aktiviti BIG yang berjalan selama 4 hari 3 malam tu, sebenarnya adalah antara aktiviti yang mencabar dari segi rohani dan jasmani, antara kem2 yang pernah aku ikut masa aku muda2 dulu.....hehe......aku gamaknya dah tua sikit jer kot.......tapi pengalaman yang tidak ternilai yang aku dapat ialah aku boleh berkayak bebbb........walaupun dalam hati aku terdetik rasa cuak jugak ler...aku rasa kalo lah aku lemas dalam laut, aku terpikir pasal mak dan adik2 aku....kalau aku tak der?????sapa nak jaga mak aku....adik2 aku.........

sambung cerita berkayak tadi.....adalah sorang member kitaorang yang mabuk laut..walaupun padahalnya, aku pun ikut mabuk sekali.....tapi muntah angin jer....huahua......tapi sekejap jer....lepas tu pasal kitaorang pergi "berkumbang dalam parit, dalam kebun, dalam sawah padi, lumpur, semak samun ler....dalam lopak kerbau berkubang tuh...kitaorang redah dengan bawak kuali, periuk dan macam2 lagi....lepas tu masak dalam kebun orang...yang best sekali...aku reti makan ikan keli yg langsung aku tak pernah makan....hehe.....sedap makan...knape aku tak makan ikan keli dulu???????rugi betul lah selama aku berumor 26 tahun nih, baru merasa makan ikan keli......ishhhhh....

biler time2 tengah syok meredah, ada juga member2 yang terkoyak seluar ler......kejang kaki.....aku pulak.....fobia dengan longkang...nasib baik member umah tahu, terus bantu aku melangkah longkang tuh.....aduh...ini lah yang paling menakutkan aku...aku terus terbayang yang aku gerenti akan terjatuh ke dalam longkang yang amat dalam tuh.......entahlah...aku tergetar kepala lutut aku kalo nak melangkah dalam longkang....tak boleh nak dibuang fobia tuh....rasanya sampai ke tualah aku takut melangkah longkang agaknya.........

lepas tu LDK...pidato spontan...sebenarnya aku takut jugak nak berucap kat depan...tapi aku tabahkan hati jugak ler.....tajuknya......"SAYA SETUJU 100% BAHAWA WANITA PADA MASA SEKARANG LEBIH MEMENTINGKAN KERJAYA BERBANDING SUAMI DAN RUMAHTANGGA".......haha...mula2 aku tergelak baca...ada kumpln lain dapat tajuk "SAYA BERSETUJU SUAMI KAWIN LAIN LER....SAYA BERSETUJU HATI PEREMPUAN LEMAH DEK PUJUKKAN MCM KERAK NASI LER........mcm2 tajuk...yang aku boleh kenal pasti adalah semua tajuk adalah berkaitan dengan wanita...ini mesti kerja En. Rafi.....lebih2 lagi, pak ustaz J-Qaf cuma 6 orang jer yang ikut BIG......yang lain nyer..pompuan......

sempat juga berkenalan dengan akak2 dari unit PK dan KDC serta J-Qaf....banyak ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari BIG ini....kalo boleh nak ikut lagi aktiviti yang macam ini.....insyallah kalo tiada halangan......dulu2 selalu ikut Kem kat Sungai Lenggeng, Negeri Sembilan, Bukit Cerakah, Shah Alam, Sungai Congkak......

apa2 pun....inilah pengalaman yang tidak ternilai.........insyallah..inilah yang akan diterapkan dalam diri anak2 didik kita kelak agar dapat membina jati diri sama ada dari segi emosi dan fizikal........