Seindah Fajar Matahari
sesekali deruan laut berbisik ditelinga
hati ini diragut rindu purnama
puas di tembusi ke dasarnya
masih lagi merasa kosong
tapi sesekali hati ini
sentiasa mengucap syukur
kerana nikmat yang dilimpahi-Nya
tika senja berlabuh tirai
jendela ku tutup rapat
angin malam muda
berlumba-lumba
menerobosi setiap ruang yang leka
andai tiada pegangan yang kukuh
pasti tiangnya roboh
menyembah bumi
tidak terampun dosanya
perhentian yang rapuh
sekejap pun bisa rebah
jangan sesekali leka
sekali terleka sukar untuk berpatah balik
takut nanti titinya patah
lajukan langkahmu
usah di toleh ke belakang
ucapkanlah selamat tinggal
hadapi masa hadapan
kita boleh mencipta indah
seindah terbitnya fajar matahari.....
Comments
Post a Comment