Wednesday, June 17, 2009

Buatmu..Norhafiza Bt. Sauti

Terima kasih untuk Cgu Asha atas nukilan mu....kalian sudah pastinya akan sentiasa dikenang dan setiap detik bersama walaupun hanya di dalam maya, namun tetap juga memberi erti yang sangat bermakna....insyallah...walaupun jauh di rantau orang, namun aku tetap juga akan sentiasa mengunjungi kalian bila ada kelapangan.....maka tika rindu lah akan berputik......

Hari Yang Sungguh Bahagia...

Alhamdulillah...akhirnya impian aku untuk menjadi seorg pendidik telah tercapai...aku dapat KPLI dan akan mendaftar di Inst Pend. Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu, Melaka...pada 22 Jun ini....untuk pengkhususan Bimbingan....rasa2nya macam Bimbingan dan Kaunseling lah kot....agak2nya lah....sedihnya aku terpaksa meninggalkan sekolah yang telah memberi sejuta pengalaman dan kenangan pahit manis...terima kasih ku ucapkan kepada guru-guru senior yang telah banyak membimbingku dan mendoakan aku....lebih2 lagi kepada Pengetua, En. Dominic Sullang Majang dan PK1, Cgu Boo Mei Lian....pelajar2 yang bakal ku tinggalkan....aku rasa sedih....selamat tinggal semua...insyallah kita akan berjumpa lagi....dan di sini aku mendoakan, agar pelajarku tingkatan 5 Sastera 1 dan 5 Sastera 2 serta Tingkatan 6 Sastera, selamat maju jaya dalam SPM dan STPM 2009 ini.....doaku sentiasa mengiringi kalian....huhu....

Monday, June 15, 2009

Wahai insan yang dirahmati Allah....



sudah penat melayari perasaan
tiada kepastian di dasar hati
menurut hati atau biarkan sahaja
biarkan masa menentukan
kenapa diriku masih lagi terkapai
mencari cahaya mahupun tangan
ya....tangan yang sanggup untuk memimpinku
kenapa sukarnya ku terima
kata hati tidak seiring kata akal
keliru.....

terkapar di batu-batu kecil
kebas seluruh badan
membataskan pergerakan
namun masih lagi cuba
berganjak dari titik paradigma

duhai insan yang dirahmati Allah
adakah dirimu sudah berubah
masih lagi hatimu kekal
milikku....selain penciptaNya
setelah dirimu ku tinggalkan
kerana hakikat semalam
ku cuba usir dari kenangan dahulu
namun tidak semudah itu....
kerna hati ini masih lagi milik mu....

Saturday, June 13, 2009

Malang Tidak Berbau...

Memang benar kata pepatah orang tua2, malang langsung tak berbau, hari ini macam biasa, joging ptg2 dengan kawan, tapi hari ini tiba2 jer stadium tu ada perlawanan bola sepak pulak, jadi kitaorang joging kat tepi2 jalan jer, lepas tu balik awal sikit....macam biasa, bonceng motorsikal kawan, Fida...ronda2 kejap sampailah kat simpang Saratok, tiba2 macam mana entah...ada motorsikal lain kat belakang merempuh motorsikal dari belakang, seperti yang dibayangkan....terpelanting jauh sikit dari motorsikal....yang tuan badan yang melanggar tadi, terus jer pecut lari......inilah dia...kejadian LANGGAR LARI.....nasib baik tak cedera teruk, plat no. patah dan side mirror sebelah patah...tangan dan kaki lebam jer....sekarang nih, leher ni pulak rasa macam terkehel pulak...nasib baik motorsikal masih lagi boleh jalan, start jer enjin, terus balik umah.....hati memang geram...kena pulak langgar lari...aduhsssss....sekarang ni pun masih lagi fobia pasal kejadian ragut, tapi bukan hamba yang kena ragut tapi teman hamba.....depan mata pulak tuh....macam mana rasa tengok dengan mata sendiri, teman anda kena ragut dan diheret jauh....siap luka dan baju koyak pulak tu....semenjak tu, memang tak nak bawak beg tangan, simpan duit, masuk dalam kocek seluar....lagi selamat....apalah jadi dengan dunia sekarang.....

Rajukku, KasihMu Penawar...


Malam yang indah
Dibungkus sunyi yang teramat
Terkaku satu jasad
Namun suara hati tidak kedengarin
Begemersik umpama bunyi
Rimbunan daun-daun kering ketika
Dihembus angin perbukitan

Aduhai bulan
Hati-hatilah menabur rindu
Takut kelak berpulau di tanah lain
Cemburu, rajukku membawa diri merantau
Terlontar jauh di negeri orang
Ufuk tengah malam bulan berwajah penuh
Namun masih suram berwarna merah
Galau hati ini bimbang tidak kesampaian
Hajat diluahkan

Ya Tuhanku,
Tasbih kasihku pada Mu tak kan putus
Manusia diciptakan Allah daripada tanah
Matinya manusia akan kembali kepada tanah....kembali kepada penciptanya....

Ya Tuhanku,
Walhal jiwaku dihambat pergolakkan
Perasaan yang terpendam
Namun ku pasrah
Doaku sentiasa bertali arus
Berikan ku pertunjuk

Butiran kasih yang bertaburan
Akan ku kutitip biarkan menjadi
Tasbih yang cantik dan menjadi
Penghias di jariku, bermain-main
Zikir di bibirku.....

Monday, June 1, 2009

Hari Pertunangan Sahabat....

Saat sebelum bergelar 'tunangan orang'.......hehe...syok posing dulu, sebelum keluar sarung cincin....
Sirih Junjung tanda kasih,

Tanda janji sudah termatri,

Senyum terukir tanda bahagia,

Hati dan Sayangku hanya milikmu............







Tahniah buat sahabatku yang telah bergelar sebagai 'tunangan orang'..... debaran sudah berlalu cuma menanti saat tiba untuk melangkah lagi ke hadapan....untuk melayari detik bergelar 'isteri'......tahniah sekali ku ucapkan...