Wahai insan yang dirahmati Allah....
sudah penat melayari perasaan
tiada kepastian di dasar hati
menurut hati atau biarkan sahaja
biarkan masa menentukan
kenapa diriku masih lagi terkapai
mencari cahaya mahupun tangan
ya....tangan yang sanggup untuk memimpinku
kenapa sukarnya ku terima
kata hati tidak seiring kata akal
keliru.....
terkapar di batu-batu kecil
kebas seluruh badan
membataskan pergerakan
namun masih lagi cuba
berganjak dari titik paradigma
duhai insan yang dirahmati Allah
adakah dirimu sudah berubah
masih lagi hatimu kekal
milikku....selain penciptaNya
setelah dirimu ku tinggalkan
kerana hakikat semalam
ku cuba usir dari kenangan dahulu
namun tidak semudah itu....
kerna hati ini masih lagi milik mu....
Comments
Post a Comment