Ku Titip Doa Ini Buat Insan Yang ku Sayangi....

Sedih
Risau ditinggal pergi
Pilu
Meratah sekeping hati
Menangis
Tiada yang tahu
Doa
Tiada putus mengalir
Pesanan
Tergiang dalam ingatan

Saat ini
Jauh sekali tenggelam
Ke lubuk dasar keperitan
Meraung tiada dengarin
Hanya air mata menitis hiba
Nafas berdengus sayu
Kasihnya berpupuk lebat
Zikir bertali arus
Hanya mampu memandang
Hanya mampu mendengar

Ya Tuhanku
Yang Maha Menyayangi
Yang Maha Mengasihani
Semua hamba-hambaNya
Berat sungguh dugaanMu
Kepada insan yang ku kasihi
Berilah belas kasihan kepadanya

Limpahkan kasih sayangMu
Kepada insan ini
Yang sangatku sanjungi
Agar dia sejahtera semula
Bangkit semula meneruskan kehidupan ini
Ringankanlah kesakitannya
Agar dia mampu tersenyum semula
Kerana senyumannya
Bisa memberi sejuta kebahagiaan
Kepada mereka yang mengenalinya...

Comments

Popular posts from this blog

MAHLIGAI BERNAMA CINTA....

Beraya di Melaka...umah Pakcik Razak

Penyerahan Watikah Ilmu