HATI INI...
kian ku rasa...
hati ini semakin membatu
sukar ku bentuk
kerna bentuknya pejal semata
bukan rasa terluka
cuma rasa cuak
usahlah rindu dan kasih
datang bertandang di hati
membuatkan aku kian terhimpit
menanggung kesuma cinta
biarlah aku berada di persada
tinggi menjulang langit
namun ku masih ingat
bahawa kaki ku masih terjejak di bumi...
hati ini
biarlah ku pujuk rayu
usahlah kau mengeluh
mengharap kasih yang belum pasti
ku teruskan perjalanan ini
dengan hati yang sepi
duhai insan yang pernah hadir dalam hatiku
bukanku memandang rendah dirimu
tapi aku masih lagi keliru
usahlah dirimu mendesak
kerana ku pasti
hati ini masih lagi membatu
belum sedia menerima kasihmu
carilah insan lain yang lebih baik
duhai insan yang pernah mengharap kasihku
maaflah daku kerana pernah menghampakan dirimu
bukan ku tak sudi
kerana jodoh ini bukanlah untuk ku
cinta mu bukannya untuk ku
sebelum terlambat...
ku ucapkan Selamat Pengantin Baru
Doaku titipkan agar kekal berpanjangan
Bahagia menyusuri perjalanan mu
Hati ini....
biarlah membeku
menanti biarlah berpada
kerana ku yakin ada sesuatu di sebaliknya
ku tunggu jua.....
mungkin satu hari...hati ini ku serahkan pada yang berhak.....
Comments
Post a Comment