Posts

Showing posts from May, 2009

Khas Untuk Seorang Guru

Dia... setiap pagi sewaktu dia menjinjing beg uzur beratnya seperti terisi batu dia sedar bahawa langkahnya harus dipercepatkan kerna anak-anak jenuh menunggu bak kain putih dia cuba mencalitkan sebanyak mana warna-warna yang cantik agar anak-anak anggun dan tampan duhai si dia jemu tidak kenal anak-anaknya melukis cita-cita dia bangkit menunjuk jalan anak-anaknya tersenyum bangga hari ini anak-anaknya berdiri di depannya mengucapkan Selamat Hari Guru dia sebak, haru, tersedu.... semacam rasa di dalam dada dirungkai penuh simfoni nada dan irama menjadi seiring menjadi sebuah lagu yang merdu dan indah SELAMAT HARI GURU...teruskan perjuangan hingga ke titik akhir....

Setitis Kasih

Image
setitis kasih terbentanglah lautan bahagia hingga tidak terjangkau akal fikiran dek kerana rindu dendam terbatas oleh zaman hajat telah dihamparkan tunai sudah tentu pasti biarpun nyawa dan badan tergadai lalu tetap juga harus ditepati hati ini sudah berlipat luruh sepakat nasib ditaruh tetapan hati utuh tersemat biar darah menjadi azimat dirimu tetap dinanti kerana agungmu menjadi sebutan.....

Makna Kasih...

keheningan pagi menggamit ketenteraman jiwa melontarkan seribu ketenangan seru hamba bertakafur menginsaf diri..... cinta sehemat hamba ada setulus kasih.... terbit secebis sayang sebuah tanda persahabatan secubit rasa benci mencorak perhubungan sesama insan Tulusnya kasih membawaku ke pintu bahagia menanti sebuah janji semarakkan bibit sayang mengeratkan tali persahabatan kekal maaf andai terbit ledakan benci kerana itu tanda kasih ikhlas sudut hati hamba air mata jadi taruhan.....

Khas Buat Teman....MIMPI SEMALAM.....

Image
Mimpi semalam mengamitku Serentak jiwaku berdebar Gelojak jiwa makin terasa Lantas ku tersentap..... Dari lena yang panjang Kasih ini satu pertanda Dua jiwa menjadi satu Berjanji sehidup semati Melayari impian bersama Kekal hingga ke hujung nyawa.... Kasihku..... Pandang bulan bak memandang wajahmu Tempias angin sepoi bayu Seperti dirimu memanggil namaku Embun menyapa mukaku Seolah dirimu begitu merinduiku..... Lantas bahtera kian jauh... Angin makin bertiup kencang Masa takkan menanti tika Lontarkan seg

Dari Seorang Teman

Keindahan pelangi adalah Keindahan wajahmu sayang Yang sering bermain di mata Hatiku ini Keharuman bunga kasihku Hanyalah untukmu sayang Bagaikan pantai dan lautan Takkan terpisah Kasih sayangku ini Hanyalah untukmu Kutelah berjanji Kaulah yang satu Dalam hatiku iniUntuk selamanya.....

Setulus Kasih....

Image
hati-hati ku mengorak langkah supaya nanti dirimu tidak kehilangan jejakku biar lambat sekalipun asalkan langkah kita tetap seiring sudah pasti ku tetap menanti biar senja tetap jua berlalu malam pula menjelma namun terpacak hatiku tetap teguh di sini kerana kasihmu tetap tulus di hatiku... air mata dan cinta tak boleh dipisahkan biarpun jauh terlontar di lubuk dendam tetap jua ada kasih sabar jua diturut biar airmata sudah kering cuma sekadar tangis di hujung hati mengadu pada kasih kasih jauh nun di seberang biarku membawa hati lara berhenti tika letih bersandar tika pernah mengeluh bila seput namun langkah tetap diatur kerana pintu hatimu destinasi ku yang utama... lontar segala gusar mimpi indah semalam buatku bahagia walaupun hanya sementara cukup sekadar penghindar segala kekusutan senyumanmu buatku rasa bahagia tenangku disisi sanggupku bertahan asalkan aku senang melihatmu... terukir namamu takkan reput ditelan zaman berkurun lamanya tetap berlindung terus memanjat hari dari sa

DOSA SEMALAM...

padang pasir alunan nada penat kaki melangkah tetap jua menghayun di mana ia berpijak mata mencari bayang mimpi tak seindah dulu kerana fikiran dikacau oleh dosa semalam tebusan dosa semalam singkat fikiran jiwa binasa durja otak bercelaru di manakah titik noktah perhubungan tiada maknanya lagi kapal yang dilayari anginnya sentiasa bertukar arah teroleng-oleh dipukul ombak kehidupan masih ada ruang untuk ku di sisimu andai kini sudah ada insan kesayangan baru.....

Kenangan Semasa Sukan...

Image
Foto ini semasa aku dan kawanku, Cikgu Liza Dudum duduk di bawah khemah semasa sukan MSSS peringkat Negeri Sarawak di Kota Samarahan bulan 4....rasa keimanan nipis bila berhadapan dengan cuaca yang panas terik....namun tetap juga bertahan....senyum tetap juga terukir...

Sajak Untuk Diri Sendiri

desiran angin membisikkan cintajauh di ufuk sana sarat dengan rindu tapi terpisah oleh benua kapal berlayar sepi lautan biru terbentang pukauan siulan burung asyik terasa mimpi camar terbang angkuh menebarkan kepak sayap mencari jalan pulang senja menanti hari esok kunjung tiba namamu ku seru demikian adat hati nan gundah terlantar hati minta di belai rindu sudah berbunga indah tanpa sedar cinta berputik hadirnya tidak dipinta duhai malam yang tidak berbintang wahai bulan indah tidak berteman apa kata mu.... seruan kasih bersahut-sahutan jerut rasa sudah terikat mati berilah laluan lantaran sudah terpaut kasih itu adalah milikmu kekal abadi......

Sajak Khas Dituju Untuk Dia....

Dalam desiran rindu ada seru yang berbisik terpendam satu rasa terasa asing kian menjelma Laksana langit mencengkam purnama ibarat mutiara di lautan biru saujana mata memandang seluas langit terbentang Apabila cinta berbisik suaramu tenang khusyuk memuji KebesaranNya air mata dan pengorbanan tetap jadi taruhan Hakikatnya.... kasih janganlah kau sepi biar benua terpisah jauh dirimu tetap ku kenang biar dirimu jauh di mata bingkisanmu tetap jadi peneman lukisan mimpi tetap dinanti biar cuma sesaat...