Setulus Kasih....
hati-hati ku mengorak langkah supaya nanti dirimu tidak kehilangan jejakku biar lambat sekalipun asalkan langkah kita tetap seiring sudah pasti ku tetap menanti biar senja tetap jua berlalu malam pula menjelma namun terpacak hatiku tetap teguh di sini kerana kasihmu tetap tulus di hatiku...
air mata dan cinta tak boleh dipisahkan biarpun jauh terlontar di lubuk dendam tetap jua ada kasih sabar jua diturut biar airmata sudah kering cuma sekadar tangis di hujung hati mengadu pada kasih kasih jauh nun di seberang biarku membawa hati lara berhenti tika letih bersandar tika pernah mengeluh bila seput namun langkah tetap diatur kerana pintu hatimu destinasi ku yang utama...
lontar segala gusar mimpi indah semalam buatku bahagia walaupun hanya sementara cukup sekadar penghindar segala kekusutan senyumanmu buatku rasa bahagia tenangku disisi sanggupku bertahan asalkan aku senang melihatmu...
terukir namamu takkan reput ditelan zaman berkurun lamanya tetap berlindung terus memanjat hari dari satu batang ke satu batang di bawah nilai-nilai setiap titik kasihmu biar lereng kering kontang atau mati kerana sedutan matahari namun akarnya tetap tertunjah kukuh hutan kasihmu tetap terpelihara elok....
berapa jauh lontaran suaramu biar bergema laungan kasih mengegar sukma cinta takkan pudar bahasa namamu agung tetap di persada cintaku tahtamu tetap jadi milikmu tidak tergugat oleh cinta lain syurga cinta laksana mimpi ibarat dewa dewi bebas berasmara memadu janji kekal bersama tiada rintangan.....
Comments
Post a Comment