Khas Untuk Seorang Guru

Dia...
setiap pagi
sewaktu dia menjinjing beg uzur
beratnya seperti terisi batu
dia sedar bahawa
langkahnya harus dipercepatkan
kerna anak-anak jenuh menunggu

bak kain putih
dia cuba mencalitkan
sebanyak mana warna-warna yang cantik
agar anak-anak anggun dan tampan

duhai si dia
jemu tidak kenal
anak-anaknya melukis cita-cita
dia bangkit menunjuk jalan
anak-anaknya tersenyum bangga

hari ini
anak-anaknya berdiri di depannya
mengucapkan Selamat Hari Guru
dia sebak, haru, tersedu....
semacam rasa di dalam dada
dirungkai penuh simfoni
nada dan irama menjadi seiring
menjadi sebuah lagu yang merdu dan indah

SELAMAT HARI GURU...teruskan perjuangan hingga ke titik akhir....

Comments

Popular posts from this blog

MAHLIGAI BERNAMA CINTA....

Beraya di Melaka...umah Pakcik Razak

Penyerahan Watikah Ilmu