Setitis Kasih
setitis kasih
terbentanglah lautan bahagia
hingga tidak terjangkau akal fikiran
dek kerana rindu dendam
terbatas oleh zaman
hajat telah dihamparkan
tunai sudah tentu pasti
biarpun nyawa dan badan
tergadai lalu
tetap juga harus ditepati
hati ini sudah berlipat luruh
sepakat nasib ditaruh
tetapan hati utuh tersemat
biar darah menjadi azimat
dirimu tetap dinanti
kerana agungmu
menjadi sebutan.....
terbentanglah lautan bahagia
hingga tidak terjangkau akal fikiran
dek kerana rindu dendam
terbatas oleh zaman
hajat telah dihamparkan
tunai sudah tentu pasti
biarpun nyawa dan badan
tergadai lalu
tetap juga harus ditepati
hati ini sudah berlipat luruh
sepakat nasib ditaruh
tetapan hati utuh tersemat
biar darah menjadi azimat
dirimu tetap dinanti
kerana agungmu
menjadi sebutan.....
Comments
Post a Comment