Makna Kasih...

keheningan pagi
menggamit ketenteraman jiwa
melontarkan seribu ketenangan
seru hamba bertakafur
menginsaf diri.....

cinta sehemat hamba
ada setulus kasih....
terbit secebis sayang
sebuah tanda persahabatan
secubit rasa benci
mencorak perhubungan sesama insan

Tulusnya kasih
membawaku ke pintu bahagia
menanti sebuah janji
semarakkan bibit sayang
mengeratkan tali persahabatan kekal
maaf andai terbit ledakan benci
kerana itu tanda kasih
ikhlas sudut hati hamba
air mata jadi taruhan.....

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Untuk Diri Sendiri

Kasih Ibu Tiada Tolok Banding......

Terlalu Jauh....