Posts

Showing posts from October, 2009

Dari Seorang Teman.......Untuk Teman....

gusar di hati ku putera menjeling apakah maknanya tersenyum ku sendiri terkesima terpanah cinta asmara malu mengaku hati dah terpaut ketampanan sang putera idaman perrgh..... terkejut dari lena ish....rupanya dalam bingkai igauan cuma mana putera ku...... dari sana puteraku mencari kekasihmu di sini tetap menanti walaupun berkedut seribu ishh...... andai putera ku tak kunjung tiba jadi ANDARTUTAKU....tidakkkkkk.......

Kepiluan Tersentap

tidak terlihat bayangku sendiri teringat pada ayahanda tersayang pergi meninggalkan aku tanpa ucapan mahupun ingatan sekadar kalimah Allah kedengaran di cuping telingaku pilu hatiku seolah tiada tergapai mahupun dilihat seolah kabur tiada identiti siapakah aku untuk menumpang kasih melihat jasad di hantar keluar melangkah ke perhentian yang baru usah lagi menitis air mata tapi air mata semakin dipujuk mengalir tiada henti kusam hatiku tiada dibendung Ya Allah..... Dikau lah tempat ku mengadu tidak tertanggung beban ini tidak tertanggung rindu sarat ini ku mohon PadaMu, Ya Allah Engkaulah Maha Pengasih.... Kasihlah hambaMu ini... ringankanlah rindu ini

Senyum VS. Ketawa

Daripada bekas pensyarah dahulu diemailkan kepada saya.....lama dah email ini, baru sekarang tergerak untuk membaca......renungilah untuk panduan kita bersama.... Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila baginda ketawa, baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah tidak menunjukkan gigi. Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa. Saidina Ali k.w juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan. Maka, Hasan al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini. Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketaw

Kukuhkah Kasihku Pada Mu...........

hening dingin fajar subuh membangkit rasa keinsafan berkumandang alunan panggilan menyeru menghadap-Nya dekat ku pada-Nya tenang jiwa rasa disayangi lebih mengalir air mata tulus sebak jiwa tiada tertanggung lagi andai ada ruang untukku izinkan aku sentiasa dekat denganMu agar ku rasa dihargai kukuh kasih ku pada-Mu.....

Sembelih ayam.......KPLI Jan dan Jun 2009

Image
Time ini masa penyembelihan ayam, sebenar hari sebelumnya adalah kursus pengurusan jenazah tapi gambar ada...insyallah nanti upload masuk dalam blog....ape2 pun...sekali sekala majlis ilmu macam ni memang seronok....hehe....ada member ktaorang yang "tersembelih" ayam hingga terputus leher ayam..tapi masih halal dimakan, cuma makruh sahaja.....hehe, yang tak tahan nyer, tergolek kepala ayam tuh....haha...gelak rasa mcm nak pecah perut..tak pernah dek dibuat orang...tiba2 je tergolek kepala ayam tuh...haha....... ....lepas sembelih ayam, kena cabut bulu ayam berserta dengan kulitnya sekali..mcm buka baju ayam jer....huhu....tolong masak beramai dan makan beramai2.......huhu....

Seindah Fajar Matahari

Image
sesekali deruan laut berbisik ditelinga hati ini diragut rindu purnama puas di tembusi ke dasarnya masih lagi merasa kosong tapi sesekali hati ini sentiasa mengucap syukur kerana nikmat yang dilimpahi-Nya tika senja berlabuh tirai jendela ku tutup rapat angin malam muda berlumba-lumba menerobosi setiap ruang yang leka andai tiada pegangan yang kukuh pasti tiangnya roboh menyembah bumi tidak terampun dosanya perhentian yang rapuh sekejap pun bisa rebah jangan sesekali leka sekali terleka sukar untuk berpatah balik takut nanti titinya patah lajukan langkahmu usah di toleh ke belakang ucapkanlah selamat tinggal hadapi masa hadapan kita boleh mencipta indah seindah terbitnya fajar matahari.....

Kenangan Bina Insan Guru (BIG)

Image
Duhai Insan yang dirahmati...... lama dah aku update blog aku nih.... minggu lepas aku gi BIG kat Pangkalan Balak...... seronok jugak...tapi muka sunburn looorrrr...... inilah antara gambar2 yg aku masukkan.....walaupun sebenarnya ada lagi gambar yang cantik...nanti aku masukkan....... aktiviti BIG yang berjalan selama 4 hari 3 malam tu, sebenarnya adalah antara aktiviti yang mencabar dari segi rohani dan jasmani, antara kem2 yang pernah aku ikut masa aku muda2 dulu.....hehe......aku gamaknya dah tua sikit jer kot.......tapi pengalaman yang tidak ternilai yang aku dapat ialah aku boleh berkayak bebbb........walaupun dalam hati aku terdetik rasa cuak jugak ler...aku rasa kalo lah aku lemas dalam laut, aku terpikir pasal mak dan adik2 aku....kalau aku tak der?????sapa nak jaga mak aku....adik2 aku......... sambung cerita berkayak tadi.....adalah sorang member kitaorang yang mabuk laut..walaupun padahalnya, aku pun ikut mabuk sekali.....tapi muntah angin jer....huahua......tapi sekejap je