Posts

Showing posts from June, 2009

Buatmu..Norhafiza Bt. Sauti

Image
Terima kasih untuk Cgu Asha atas nukilan mu....kalian sudah pastinya akan sentiasa dikenang dan setiap detik bersama walaupun hanya di dalam maya, namun tetap juga memberi erti yang sangat bermakna....insyallah...walaupun jauh di rantau orang, namun aku tetap juga akan sentiasa mengunjungi kalian bila ada kelapangan.....maka tika rindu lah akan berputik......

Hari Yang Sungguh Bahagia...

Alhamdulillah...akhirnya impian aku untuk menjadi seorg pendidik telah tercapai...aku dapat KPLI dan akan mendaftar di Inst Pend. Guru Malaysia Kampus Perempuan Melayu, Melaka...pada 22 Jun ini....untuk pengkhususan Bimbingan....rasa2nya macam Bimbingan dan Kaunseling lah kot....agak2nya lah....sedihnya aku terpaksa meninggalkan sekolah yang telah memberi sejuta pengalaman dan kenangan pahit manis...terima kasih ku ucapkan kepada guru-guru senior yang telah banyak membimbingku dan mendoakan aku....lebih2 lagi kepada Pengetua, En. Dominic Sullang Majang dan PK1, Cgu Boo Mei Lian....pelajar2 yang bakal ku tinggalkan....aku rasa sedih....selamat tinggal semua...insyallah kita akan berjumpa lagi....dan di sini aku mendoakan, agar pelajarku tingkatan 5 Sastera 1 dan 5 Sastera 2 serta Tingkatan 6 Sastera, selamat maju jaya dalam SPM dan STPM 2009 ini.....doaku sentiasa mengiringi kalian....huhu....

Wahai insan yang dirahmati Allah....

sudah penat melayari perasaan tiada kepastian di dasar hati menurut hati atau biarkan sahaja biarkan masa menentukan kenapa diriku masih lagi terkapai mencari cahaya mahupun tangan ya....tangan yang sanggup untuk memimpinku kenapa sukarnya ku terima kata hati tidak seiring kata akal keliru..... terkapar di batu-batu kecil kebas seluruh badan membataskan pergerakan namun masih lagi cuba berganjak dari titik paradigma duhai insan yang dirahmati Allah adakah dirimu sudah berubah masih lagi hatimu kekal milikku....selain penciptaNya setelah dirimu ku tinggalkan kerana hakikat semalam ku cuba usir dari kenangan dahulu namun tidak semudah itu.... kerna hati ini masih lagi milik mu....

Malang Tidak Berbau...

Memang benar kata pepatah orang tua2, malang langsung tak berbau, hari ini macam biasa, joging ptg2 dengan kawan, tapi hari ini tiba2 jer stadium tu ada perlawanan bola sepak pulak, jadi kitaorang joging kat tepi2 jalan jer, lepas tu balik awal sikit....macam biasa, bonceng motorsikal kawan, Fida...ronda2 kejap sampailah kat simpang Saratok, tiba2 macam mana entah...ada motorsikal lain kat belakang merempuh motorsikal dari belakang, seperti yang dibayangkan....terpelanting jauh sikit dari motorsikal....yang tuan badan yang melanggar tadi, terus jer pecut lari......inilah dia...kejadian LANGGAR LARI.....nasib baik tak cedera teruk, plat no. patah dan side mirror sebelah patah...tangan dan kaki lebam jer....sekarang nih, leher ni pulak rasa macam terkehel pulak...nasib baik motorsikal masih lagi boleh jalan, start jer enjin, terus balik umah.....hati memang geram...kena pulak langgar lari...aduhsssss....sekarang ni pun masih lagi fobia pasal kejadian ragut, tapi bukan hamba yang kena rag

Rajukku, KasihMu Penawar...

Image
Malam yang indah Dibungkus sunyi yang teramat Terkaku satu jasad Namun suara hati tidak kedengarin Begemersik umpama bunyi Rimbunan daun-daun kering ketika Dihembus angin perbukitan Aduhai bulan Hati-hatilah menabur rindu Takut kelak berpulau di tanah lain Cemburu, rajukku membawa diri merantau Terlontar jauh di negeri orang Ufuk tengah malam bulan berwajah penuh Namun masih suram berwarna merah Galau hati ini bimbang tidak kesampaian Hajat diluahkan Ya Tuhanku, Tasbih kasihku pada Mu tak kan putus Manusia diciptakan Allah daripada tanah Matinya manusia akan kembali kepada tanah....kembali kepada penciptanya.... Ya Tuhanku, Walhal jiwaku dihambat pergolakkan Perasaan yang terpendam Namun ku pasrah Doaku sentiasa bertali arus Berikan ku pertunjuk Butiran kasih yang bertaburan Akan ku kutitip biarkan menjadi Tasbih yang cantik dan menjadi Penghias di jariku, bermain-main Zikir di bibirku.....

Hari Pertunangan Sahabat....

Image
Saat sebelum bergelar 'tunangan orang'.......hehe...syok posing dulu, sebelum keluar sarung cincin.... Sirih Junjung tanda kasih, Tanda janji sudah termatri, Senyum terukir tanda bahagia, Hati dan Sayangku hanya milikmu............ Tahniah buat sahabatku yang telah bergelar sebagai 'tunangan orang'..... debaran sudah berlalu cuma menanti saat tiba untuk melangkah lagi ke hadapan....untuk melayari detik bergelar 'isteri'......tahniah sekali ku ucapkan...