Petang Semalam...

Seperti kebiasaannya, aku pergi menjemput emak pulang dari sawah padi dan dari jauh aku melihat setegak berdiri kukuh payung merah dalam rimbunan segar hijau daun padi dari jauh. Sejenak aku berhenti di tepi sawah ibu selepas meletakkan motosikal, memerhati payung dan daun padi yang segar. Baru aku perasan, itulah payung yang hampir aku buang ke dalam tong sampah sedikit masa dulu dan kini ia berdiri tegah memayungi emak di bawah terik cahaya matahari. Emak memberitahu, dalam segar kehijauan padi menenang hatinya, merah payung itu merangsang mindanya. Aku tergelak mendengar kata-kata emak tetapi dalam diam aku menaksir maksudnya kata-kata emak. Ya, itulah pernah aku dengar dari seorang pensyarah dan juga idola mengatakan bahawa warna boleh menafsirkan sikap dan personaliti seseorang serta mempunyai fungsi yang tertentu dalam sepanjang kehidupan seseorang. Dalam kesibukan kita mengejar kejayaan dan matlamat, tanpa sedar warna memainkan peranan penting. Pakaian, kasut, beg, pen, dan segala2nya yang digunakan mempunyai warna-warna yang tersendiri sama ada secara semula jadi atau dibuat mempunyai peranannya dalam kehidupan contohnya, pemakaian tali leher kadang-kala perlu secocok dengan baju, maka jikalau bajunya berwarna biru tua, sewajarnya tali leher pula berwarna, biru muda, dan pemakainya akan berasa selesa, setenang langit biru dan seluas lautan dan warna biru juga turut melambangkan pemakainya seorang yang berfikiran terbuka dan mudah bertolak ansur. Jadi sekiranya ada klien atau orang bawahan yang hendak berunding dengan beliau, eloklah pada hari ini sebab esok belum tentu lagi beliau hendak memakai baju biru semula. Jadi manfaatnya, bukan sahaja kepada pemakainya, tetapi juga kepada orang lain.

Berbalik semula kepada emak yang sedang leka mengalihkan anak padi untuk ditanam kemudian dan kelekaan emak turut mengusik perasaan anaknya ini. Inilah dunia emak dari zaman kanak-kanaknya hinggalah sekarang, langsung tidak boleh terpisah. Daun padi yang menghijau, melekakan emak untuk duduk lama di sawah padi hingga tidak terasa masa berlalu...dan warna hijau inilah yang menenangkan perasaan emak serta menghiburkan hati tuanya...dan payung merah itulah yang sentiasa merangsang tulang empat keratnya yang kian dikerah mengingati anak-anaknya yang ditanggungnya.
Hasilnya, padi yang menguning menyinar mata emak dan mensyukuri segala nikmatnya malah yang paling penting bagi emak pada masa itu adalah kepuasannya....Inilah emakku yang cemerlang!!!

Comments

Popular posts from this blog

MAHLIGAI BERNAMA CINTA....

Beraya di Melaka...umah Pakcik Razak

Penyerahan Watikah Ilmu