Petang Semalam...
Seperti kebiasaannya, aku pergi menjemput emak pulang dari sawah padi dan dari jauh aku melihat setegak berdiri kukuh payung merah dalam rimbunan segar hijau daun padi dari jauh. Sejenak aku berhenti di tepi sawah ibu selepas meletakkan motosikal, memerhati payung dan daun padi yang segar. Baru aku perasan, itulah payung yang hampir aku buang ke dalam tong sampah sedikit masa dulu dan kini ia berdiri tegah memayungi emak di bawah terik cahaya matahari. Emak memberitahu, dalam segar kehijauan padi menenang hatinya, merah payung itu merangsang mindanya. Aku tergelak mendengar kata-kata emak tetapi dalam diam aku menaksir maksudnya kata-kata emak. Ya, itulah pernah aku dengar dari seorang pensyarah dan juga idola mengatakan bahawa warna boleh menafsirkan sikap dan personaliti seseorang serta mempunyai fungsi yang tertentu dalam sepanjang kehidupan seseorang. Dalam kesibukan kita mengejar kejayaan dan matlamat, tanpa sedar warna memainkan peranan penting. Pakaian, kasut, beg