Gerhana Bulan Separa
Gambar Gerhana Bulan Separa di langit Daerah Saratok
1. Insya Allah, petang hingga ke malam ini, kita berkesempatan sekali lagi untuk menyaksikan di antara tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT. Tanda tersebut adalah KHUSUFUL QAMAR yakni gerhana bulan.
2. Semoga dengan meyaksikannya (secara cerapan ataupun tidak) akan menambahkan keimanan dan keinsafan kita selaku hambaNya yang lemah dan hina.
3. Sehubungan itu, Agama Islam kita melalui nas hadis Nabi SAW mensyariatkan kita agar melakukan solat gerhana bulan dan mendengar khutbah selepasnya sebagai membesarkan Allah, bermuhasabah diri serta memohon ampun kepadaNya.
4. Menurut Ibn ‘Umar R.A., Nabi s.a.w bersabda: Maksudnya:
"..Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. – (Hadis riwayat al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no: 1042.")
5. Sama-samalah kita mengambil peluang ini untuk berkumpul beramai-ramai di masjid-masjid dan di surau-surau kita untuk melakukan ibadah yang disunnahkan ini.
6. Maha Suci Allah yang telah menjadikan semua ini untuk iktibar kita. Tiada sesuatu yang diciptakan Allah secara atau bertujuan sia-sia.'As Solatul Jami'ah!'.
7. Maklumat dari www.falak-online.net:
Pada 26 Jun 2010 (hari ini), akan berlaku fenomena Gerhana Bulan Separa. Kali ini, kita di Malaysia tidak dapat melihat kejadian ini secara keseluruhan dari awal hingga akhir. Ini adalah kerana ketika Bulan terbit sekitar waktu Maghrib pada tarikh tersebut, ia sudah pun menghampiri fasa gerhana maksimum.
Gerhana kali ini bukanlah gerhana penuh, hanya lebih kurang separuh sahaja daripada muka bulan akan digelapkan oleh bayang-bayang bumi.
Namun, ia tetap menarik untuk dilihat kerana pemandangannya melihat bulan gerhana sedang terbit rendah di ufuk langit cukup unik.
Di bawah merupakan kiraan waktu fasa-fasa gerhana yang berlaku. Ia boleh digunapakai di mana-mana lokasi di Malaysia.
Perbezaannya cuma pada ketinggian bulan, yang mana sedikit berbeza jika anda berada di Sabah dan Sarawak, dan juga Brunei.
Comments
Post a Comment