Gerhana Bulan Separa
Gambar Gerhana Bulan Separa di langit Daerah Saratok 1. Insya Allah, petang hingga ke malam ini, kita berkesempatan sekali lagi untuk menyaksikan di antara tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT. Tanda tersebut adalah KHUSUFUL QAMAR yakni gerhana bulan. 2. Semoga dengan meyaksikannya (secara cerapan ataupun tidak) akan menambahkan keimanan dan keinsafan kita selaku hambaNya yang lemah dan hina. 3. Sehubungan itu, Agama Islam kita melalui nas hadis Nabi SAW mensyariatkan kita agar melakukan solat gerhana bulan dan mendengar khutbah selepasnya sebagai membesarkan Allah, bermuhasabah diri serta memohon ampun kepadaNya. 4. Menurut Ibn ‘Umar R.A., Nabi s.a.w bersabda: Maksudnya: "..Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat. – (Hadis r