Puisi Terakhir Untukmu...



Dulu...
Saat kau menghulurkan kasihmu,
Kuterima dengan senyuman,
Kau ucapkan kata-kata indah
Melayari impian maya

Seketika...
Tali ikatan semakin terurai
Ku lepaskan dalam kepayahan
Bertahun ku ubati kepedihan ini
Melupakan dirimu tidak sekali

Sejenak...
Pertemuan bagaikan dirancang
Bertahun lamanya
Dalam dunia yang berbeza
Impian yang masih sama

Kini...
Tiada lagi istilah kasih
Tiada lagi istilah cinta
Tiada lagi istilah sayang
Tiada lagi gurauan manja

Andai ini sudah ketentuan untuk kita berdua
Biarlah ku lepaskan dengan rela
Ada hikmah di sebaliknya
Sekiranya ini adalah terbaik untuk kita bersama
Biarlah kasih dan sayang ini
Ku pendam sampai ke akhir hayatku

Dalam kesempatan yang tinggal
Dengan beberapa pesanku
Layarilah bahteramu dengan limpahan kasihmu
Kerana ku tahu dirinya adalah tercipta untukmu
Dan aku bukanlah tercipta untukmu

Maaf andai ini adalah silapku
Kepedihan jiwa ini mungkin sama
Seperti yang kau rasa
Air mata sudah tiada berguna
Inilah jalan yang kita pilih
Puisi ini adalah bingkisan terakhir
Hadiah perkahwinan untuk mu....23.05.2010

Comments

  1. Alahai sedihnya....Hmmm, sabar sajalah, dah bukan jodoh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

MAHLIGAI BERNAMA CINTA....

Beraya di Melaka...umah Pakcik Razak

Penyerahan Watikah Ilmu