Posts

Showing posts from May, 2010

Wajah Itu...

Wajah itu Sentiasa tersenyum Madahnya manis Butir katanya sentiasa bermakna Menyelinap seluruh raga Diingati setiap ketika Wajah itu Sentiasa ditunggu setiap waktu Derap kasutnya meniti setiap ruang Waktu berlalu tiada terasa Esoknya sudah pasti dinanti Kedatangannya pasti dirindui Wajah itu Jasanya tiada terkira Biarpun seluas lautan Biarpun sehampar langit Biapun setinggi gunung Pengorbanannya tiada terbalas Wajah itu Terukir terpahat dalam jiwa Diingati setiap kaki ini melangkah Inilah warna yang kau berikan Setulus putih bersih harapan Seindah warna biru kejayaan Seteguh nyalaan merah waja Warnanya tiada luntur... Hari ini.. Bukan ucapan yang selalu berkumandang Pada setiap kunjunganmu Tetapi sebagai penghargaan Setiap pengorbananmu Setiap ajaranmu Setiap penat lelahmu Setiap kasih sayangmu Setiap waktu.... Terima Kasih Guru..... Nukilan; Norhafiza Binti Sauti 16 Mei 2010 1620

Puisi Terakhir Untukmu...

Image
Dulu... Saat kau menghulurkan kasihmu, Kuterima dengan senyuman, Kau ucapkan kata-kata indah Melayari impian maya Seketika... Tali ikatan semakin terurai Ku lepaskan dalam kepayahan Bertahun ku ubati kepedihan ini Melupakan dirimu tidak sekali Sejenak... Pertemuan bagaikan dirancang Bertahun lamanya Dalam dunia yang berbeza Impian yang masih sama Kini... Tiada lagi istilah kasih Tiada lagi istilah cinta Tiada lagi istilah sayang Tiada lagi gurauan manja Andai ini sudah ketentuan untuk kita berdua Biarlah ku lepaskan dengan rela Ada hikmah di sebaliknya Sekiranya ini adalah terbaik untuk kita bersama Biarlah kasih dan sayang ini Ku pendam sampai ke akhir hayatku Dalam kesempatan yang tinggal Dengan beberapa pesanku Layarilah bahteramu dengan limpahan kasihmu Kerana ku tahu dirinya adalah tercipta untukmu Dan aku bukanlah tercipta untukmu Maaf andai ini adalah silapku Kepedihan jiwa ini mungkin sama Seperti yang kau rasa Air mata sudah tiada berguna Inilah jalan yang kita pilih Puisi in