Bicara Malam

kebisuanmu
mencacatkan indahmu
mencantikkan peribadimu
misteri dirungkai buta
kaki langit senyum
meninggalkan jejak
menantikan siang

aku faham
sempurnamu amat istimewa
hadirmu seumpama penglipur
pendengar setia
kala berduka walang
indahnya bagi mengerti
halau segala rongga pedih

kadang ku leka nantikan
kadang ku tega usirkan
tapi kau tetap setia
duhai malam....
tiada yang setia dirimu

ku nantikan bicaramu
andai tika ini
kau mendengar bisikan jiwa
pasti kau akan mengerti
kerana ia sentiasa bertaut

kasihnya malam
membidangkan bulan
menghamparkan bintang
hanya malam berbicara
seindah kata....

Comments

Popular posts from this blog

MAHLIGAI BERNAMA CINTA....

Beraya di Melaka...umah Pakcik Razak

Penyerahan Watikah Ilmu