Posts

Showing posts from February, 2010

Selamat Ulang tahun...buat akak tercinta...Cgu Asha...atas blog Miazlan.blogspot.com.

Image
Tiada tempat yang lebih mengerti, tanpanya ku rasa beban menghimpit, kuluahkan segala rasa di hati, tika jiwa diusik derita sempit, dek tiada dimamah usia, kekal setia peneman diri, bosan tiada jemu tiada, kuucapkan terima kasih diatas diri....... p/s: Buat Cgu Asha....Selamat Ulangtahun atas blog tercinta...semoga sentiasa setia di sini.......

Dari lubuk hati ini....

cukuplah ku menangis dalam hati...jauh di lubuk hati mungkin tercetus rasa kecewa namun jodoh adalah ditangan tuhan.....andai ini sudah tersurat bagiku dan dia...ku relakan asalkan dia bahagia....kerana aku tahu siapalah aku untuk menahan....biarlah ku lepaskan pergi....bagiku tiada cinta lain sehebat cintaku pada Allah....ku berserah pada MU, ya Allah....kerana cintaku adalah milikMU.....bukannya milikku yang hakiki....cukuplah sekadar Allah sentiasa di sampingku....doaku titip khas buatmu....agar dia bahagia dengan pilihannya...maafkan aku kerana pernah mengecewakanmu....bukan kerana sesiapa pun tapi sebab kelemahan diriku....sesungguhnya aku tidak layak untuk menerima kasihmu...sekadar hanya teman biasa...menangis dalam hati...tiada lg air mata mampu menampung kesedihan...bergelak ketawa bersama teman...cuba menghilangkan sebak di dada...usahlah ketara di raut wajahku...bukan salah dia....bukan salah aku...sudah takdir....jalan kita berhenti di sini....noktahnya muktamad...

Bisikan Rindu

Image
aku... dengar lagu rindu sepi terjemah dalam sunyi berulangku dengar lagu yang sama merintih ku dalam diam aku... dengar lagu menyentuh jiwa tiada jemu bergegar dalam taqwa hanya doa penyambung nyawa takdir ku syukur selalu penawarnya hanyalah duka airmata mengalir tak keluar aku.... tinggalku sendiri tinggallah aku.... temannya hanyalah aku dan Dia... andai ada teman satu jiwa akan ku suarakan bisikan rindu khas buatnya suatu hari...pasti tiba...

Tiada Kekal Milik Abadi....

hati ini pilu mengenang diri merantau jauh di mata teringat kasih di seberang meminta izin restu sayang tidak berbagi rindu menerpa dalam hati tiada tertanggung dendam meraja pandangan kosong seribu mimpi kupingin cinta di hujung dunia sapaan angin tetap setia seolah tanganmu menyapu ke muka daun menyentuh kepala seolah jarimu menekap erat pasir digenggam kian menipis disapu ombak kian menganas namun jiwa kental tabah dipujuki biar rela diri dikecam iman kekal menambat dosa keras lembut permainan dunia bawah atas sentiasa berputar cadar cinta jadi taruhan insan tiada kekal milik abadi...

Kasih Ibu Tiada Tolok Banding......

sudah hampir seabad berlalu meninggalkan segala manis dan pahit telus serap dalam ingatan sudah sebati mengisi sempitan ruang ingatku suatu ketika susah payahmu terbayang dimata sentiasa bermain di dalam kotak minda dirimu tidak pernah berputus asa atas anaknya relanya berjuang demi sesuap nasi dan tanggungjawab terbeban di bahu dijaga amanah sepenuh hati berbulan beralas nasi dan ikan masin namun dirimu tetap tersenyum kesana kemari mencari rezeki tiada keluhan terluah di bibirmu tabahnya ibuku teguh berdiri di atas kaki sendiri yang selama ini bergantung duhai ibu rindu ini khasnya untuk mu kerana saat ini ku berjauhan denganmu andai keizinan Allah meminjamkan jasad dan nyawa ini lebih lama akan ku balas setiap jasamu akan ku lap setiap titis peluhmu akan ku pimpin tanganmu akan ku bahagiakan hari2 tuamu akan ku setia menemani mu akan ku sapu bersih air matamu.... biarpun segala tidak terbalas hingga ke hujung hayatku

Petua Pelajar Cemerlang

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan: Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa: kita ingat 10 % apayang dibaca kita ingat 20% apa yang didengar kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat kita ingat 70% apa yang dicakapkan kita ingat 90% setelah dipraktikkan Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah). ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.... Belajar dalam persekitaran kondusif. pastikan cahaya adalah terang kurangkan gangguan bunyi tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran kerusi dan meja menghadap kib