Bersejarah dalam Peristiwa.....(Pelik jer bunyi errr....)
Dlm musim cuti sekolah nih, tiap2 minggu ada jer kenduri kahwin saudara mara, anak buah yg ambil kesempatan untuk membina masjid dan melangkah ke dunia baru, di samping orang baru yang disayangi.....terfikir jugak aku, nama jer cuti, tapi tak pernah dalam erti kata sebenarnya, cuti yang sentiasa sibuk....maksudnya lgsung tak der masa untuk berehat.
Sekarang ni pulak sibuk kena hantor kad jemputan sepupu dari rumah ke rumah saudara. Dari pagi hingga ke malam...adddehh...bukan tak ikhlas, ikhlas sebonarknya, tapi penat tak kater lah...ini baru sepupu kahwin, belum aku sendiri nak kahwin....dah sibuk macam YB..
Byk benda yang aku nak tulis sebenarnya, pasal sebelum balik cuti ari tu, rumah sewa kitaorang tk der air, kena menapak kat rumah akak Kpli Jan kat sebelah nak mandi, lepas tu mintak air kat Auntie kt bawah, alhamdulillah.....terima kasih buat akak dan auntie sebab sudi tolong kitaorang satu rumah waktu kesempitan tak der air.....eehhhh, lupa pulak nak cerita kitaorang siap lagi pergi kat Tesco nak solat...gara2 tak der air lah nih...
Tuhan sungguh menyayangi kami, menduga dengan segala kesusahan...walaupun tak mcm kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail cari air kat gurun pasir.....tidak terbanding dengan kisah derita beliau...kami tetap merasa kesusahannya yang sekelumit sahaja, pun dah banyak mengeluh dan merungut....astagfirullah azim....kadang2 ini juga turut mengoncang iman....kebetulan masa tak der air pulak, ktaorang baru datang camping dari pertaulihan KRS pulak, baju kotor byk yang nak kena cuci, lagilah haru jawabnya.....sabar3, itu je lah yang ditanam dalam otak dan hati.....sebab tu aku bawak balik cadar tilam aku untuk dicuci kat kampung....
Terlintas dalam fikiran aku, tiba2 jer fikir pasal Theory Of Love.......ni Dr. Tan pernah kemukakan masa dalam kelas hari itu...tiba2 aku pulak jadi watak utama....ni si Faza punya pasal lah nih....suruh pulak aku meluahkan perasaan aku kat depan orang....aku ni bukan nak puji diri sendiri.....tapi aku jenis yang sensitif sikit....heheh...aku rasa hari tu, memang aku tak leh tahan lagi, memang aku menangis lebih2 lagi bila tangan Dr. Tan usap kat belakang aku, makin aku rasa tak leh nak tenang lagi, menangis sakan aku hari tu.....malu bep....hahah.....
Comments
Post a Comment