Posts

Showing posts from December, 2009

Rahsia Yang Bukannya Rahsia Lagi....

Image
Lima sifat wanita yang disukai lelaki : Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja. Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga. Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri. Bijak berbicara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengam

Bersejarah dalam Peristiwa.....(Pelik jer bunyi errr....)

Dlm musim cuti sekolah nih, tiap2 minggu ada jer kenduri kahwin saudara mara, anak buah yg ambil kesempatan untuk membina masjid dan melangkah ke dunia baru, di samping orang baru yang disayangi.....terfikir jugak aku, nama jer cuti, tapi tak pernah dalam erti kata sebenarnya, cuti yang sentiasa sibuk....maksudnya lgsung tak der masa untuk berehat. Sekarang ni pulak sibuk kena hantor kad jemputan sepupu dari rumah ke rumah saudara. Dari pagi hingga ke malam...adddehh...bukan tak ikhlas, ikhlas sebonarknya, tapi penat tak kater lah...ini baru sepupu kahwin, belum aku sendiri nak kahwin....dah sibuk macam YB.. Byk benda yang aku nak tulis sebenarnya, pasal sebelum balik cuti ari tu, rumah sewa kitaorang tk der air, kena menapak kat rumah akak Kpli Jan kat sebelah nak mandi, lepas tu mintak air kat Auntie kt bawah, alhamdulillah.....terima kasih buat akak dan auntie sebab sudi tolong kitaorang satu rumah waktu kesempitan tak der air.....eehhhh, lupa pulak nak cerita kitaorang siap lagi p

Biarkan berlalu.....

batang kasih semakin rapuh memohon teguhnya setia perginya kasih tiada sempat berpesan jiwa lebur semakin gundah kian hanyut dibawa arus sepi berjuang tiada undur tiada guna air mata kasih kian terpinggir terbelas tiada dikasihani tinggalah kasih dulu menjadi kenangan hidup pedoman di hari depan