Posts

Showing posts from September, 2009

Beraya di Melaka...umah Pakcik Razak

Image
Ini beberapa gambar yang diambil oleh Faza malam tadi masa pergi beraya...dan dapat makan free....hehe.....lepas ni nak pergi makan free lagi dalam minggu ini...insyallah....rezeki jangan ditolak.....cuma tolak batu dan kayu jer.....asam pedas daging malam tadi sedap nyer....udang masa sambal, sayur masak santan, ayam goreng, ikan sepat goreng, makan lagi kuih raya...hehe.....gi umah orang, nak beraya...malu jugak nak makan......

Senandung Kasih....Selayang Cinta....

pelepah rindu asyik ditiup angin sepi sepi dalam hati sukar untuk diusir pergi lemparkan ketenangan ke dalam jiwa agar bisa ku bernafas lega biar mimpiku terulit indah tak terpinta dalam realiti mata sering tersalah tafsir kerana hati sering diduga oleh kasih yang tak bertepi tiada kunjung tiba walaupun hati ini ingin......

Rindu....

Rindu... bukanlah istilah yang betul untuk merungkapkan perasaan ini....hehe.....kawan2 dah sibuk nak booking tiket pulak nak balik cuti sekolah nanti sementara AirAsia masih ada offer...hehe..sedangkan, belum lagi sampai seminggu duk kat Melaka.....itu lah kekuatan rindu... kenapa ada rindu sentiasa bertapak dalam hati setiap insan, namun ada juga yang menafikan perasaan rindu... aku dah lama dah tak update blog ini..sebab kat kpg susah nak connect internet kerana maklumlah...kpg yang agak pedalaman ini....kemudahan yang masih lagi terhad dan kurang...kekacauan minda jugak bila tak dapat update blog, banyak perkara yang perlu difikirkan sehinggakan jiwa dan raga menanggung beban yang agak berat jugak ler....tapi sesungguhnya sepanjang hayat aku, orang yang paling aku tabik hormat adalah ibu dan arwah abah.... ibu.....bila aku sebut jer "ibu", terselit rasa rindu, bukan sahaja sekelumit, tapi gelojak rindu yang rasanya boleh buat aku mengalirkan air mata tanpa disedari....itu

Setulus Kasih Ibu...

rentak bayu mengalun lagu sekeping hati menjadi sayu lantaran jiwa kosong sepi tergenang air mata menitis ke pipi tua hilangnya kasih tiada di pinggiran hala kaki ini melangkah tiada tujuan hanya sekadar membawa hati sunyi ini menanti harapan yang pasti tak kunjung tiba di sini.... hakikatnya inilah rumahku syurgaku tempatku mengisi masa2 terakhirku sebelum aku kembali kepada-Nya duhai anakku... moga hidupmu sentiasa diberkati moga dirimu bahagia selalu cuma satu pinta ibu tua ini... jenguklah ibu...walaupun hanya seketika... cukuplah sekadar melepas rindu rindu seorang ibu.....

Tidurlah Kasih.........

kolam mata sudah puas bergenang hanya menunggu mengalir setenang tasik hijau walaupun berkali-kali menafikan kebenaran jitu tetap jua sinis malam purnama gemersik suara unggas tetap jua langsung tidak mengusik hati lara tidur di puja tidak mahu terpejam mata tidur lah nyawa tidur lah mimpi lena agar bisa kau tersenyum kembali walaupun parut tetap berbekas ingatlah ada lagi kasih yang menanti sumpah lah dalam hatimu usahlah menangis sayang kesatlah air matamu masih lagi ada kasih tulus menanti di seberang sana.......

MALAM PERTAMA AKAN TIBA.....

Image
Satu hal sebagai bahan renungan Kita... Tuk merenungkan indahnya malam pertama Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa Justru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara Hari itu... mempelai sangat dimanjakan Mandipun...harus dimandikan Seluruh badan Kita terbuka.... Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .. Tak ada sedikitpun rasa malu... Seluruh badan digosok dan dibersihkan Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih... Itulah sosok Kita..... Itulah jasad Kita waktu itu Setelah dimandikan.. , Kitapun akan dipakaikan gaun cantik berwarna putih Kain itu ...jarang orang memakainya.. Kerana sangat terkenal bernama Kafan Wangian ditaburkan kebaju Kita..... Bahagian kepala..,badan. .., dan kaki diikatkan Tataplah.... .. . tataplah. ..itulah wajah Kita Keranda pelaminan... langsung disiapkan Pengantin bersanding

Penyerahan Watikah Ilmu

Image
Inilah SK Agama (MIS) Sarikei, di mana aku telah membuat PBS selama 2 minggu..... alhamdulillah....majlis penyerahan watikah Ilmu kepada pelajar T.6 telah berjalan dengan lancar......gambar di atas adalah sesi majlis tersebut berjalan.....

UPSR.....semoga berjaya anak2 ku.....SK Agama (MIS) Sarikei....

Hari ini ada majlis pembacaan doa selamat untuk pelajar T.6 yang akan menghadapi UPSR pada pukul 8 pagi nanti.....hehe....sampai jer aku kat sekolah, pelajar bersalaman dan aku mengucapkan selamat berjaya dan semoga tenang dalam menghadapi ujian....sejuk tangan diorang....hehe....sebelum ini ada beberapa program yang telah dijalankan pada minggu lepas iaitu, majlis penyerahan watiqah ilmu di mana guru2 menghalalkan segala ilmu yang telah dicurahkan kepada pelajar T.6 dan berharap ilmu itu membantu pelajar2 ini mengahadapi UPSR pada hari ini....pada hari Jumaat yang lepas, majlis telah diadakan dan alhamdulillah majlis tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan dari ibu bapa dan penduduk kampung serta pelajar dan guru2....ada sesi menangis di mana terharu apabila, telah diberikan kata2 motivasi kepada pelajar2 oleh GB dan sekaligus mengharukan perasaan semua orang di dewan tersebut....syukur alhmdulillah....kemudian pada hari Sabtu, aku dan Ema membantu Cgu Jeffery mgantung

Hari Yang Dilalui.....PBS

Esok merupakan hari penyerahan watiqah UPSR untuk pelajar Tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan pada minggu hadapan...jadi Unit Bimbingan dan Kaunseling Sk Agama (MIS) Sarikei akan mengadakan majlis tersebut sebelum majlis berbuka puasa.....jadi majlis tersebut akan diadakan pada sebelah petang....hari ini sibut sikit nak hias pentas dengan banner yang cantik..(nanti saya upload gambarnya)...letak bunga2 dengan pertolongan murid2 tahun 4Cemerlang....lelaki dan perempuan....seronok juga kerana lama dah tak buat benda2 nih.....yang penting adalah pengalaman....bukan selalu kita dapat buat benda ini yang sememangnya akan menjadi salah satu rutin apabila posting sekolah kelak....insyallah....program ini yang sepatutnya selalu diadakan supaya guru2nya akan lebih rapat dengan murid malah dengan guru2 yang turut menyumbangkan jasa dalam apa2 kegiatan.....Hari sabtu ni pun, kami sukarela turun untuk bantu Guru Bimbingan, Cgu Jeff untuk mengantungkan banner dan bendera kat sekolah kelak untu

Hari Pertama PBS....

Alang2 dah bangun sahur pukul 3.00 pagi, makan, minum ala kadar, aku terus naik atas...langsung tak tdur lagi....kerana memikirkan..macam mana keadaan di sekolah tuh...akhirnya...alhamdulillah segala berjalan lancar, dengan kehadiran GB yang peramah, PK1 dan PK2 serta PKKKnya yang turut mengalu-alukan kehadiran serta tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah terbabit. Malah yang menarik perhatian adalah Guru Bimbingan yang turut memberi kerjasama serta sudi melayan segala pertanyaan kami....selain itu, kehadiran yang terdahulu daripada kami iaitu guru pelatih dari Maktab Rajang yang sedang menjalani Praktikum, serba sebanyak turut juga membantu kami untuk menyesuaikan diri di sekolah terbabit. pertama kali menjejak langkah di sekolah tersebut, seawal 6.45, sudah berkumandang arahan yang menunjukkan tidak lama lagi waktu untuk perhimpunan...seiring dengan doa, lagu negaraku serta doa Asma-Husna..dan beberapa pesanan yang disampaikan oleh guru PK1.....kemudian sejurus selesai perhimpunan