ALKISAHNYA........perjalanan seorang guru...



ini gambar masa nak pergi ke pasar malam di Bukit Raja, Melaka

Entahlah pada mula2 aku menerima tawaran sbg guru pelatih untuk kursus bimbingan & kaunseling, aku jadi binggung dan keliru, tidak rasa keruan kenapa??? kenapa...sedangkan pada masa intvw aku mohon Bahasa Melayu...tapi yang dapat adalah Bimbingan & Kaunseling....bergelojak juga rasa hati ini walaupun tak segah tsunami, masih lagi aku me'rasional'kan jiwa...tak lah sampai nak bunuh diri...masih waras lagi...lepas tu aku terkejut, aku dapt kat KPM di Melaka....lagi rasa nak melompat...tapi aku terima juga tawaran kerana aku fikir, insyallah aku boleh harungi dan akan terima apa sahaja jadahnya asalkan aku boleh bergelar guru. itulah cita2 aku sejak kecil lagi....memang aku minat untuk jadi guru...pertama kali aku dipanggil guru adalah semasa aku tengah tunggu result STPM......jadi disitu banyak pengalaman yang aku dapat semasa aku mengajar di SK St. Peter, Saratok.....di situ aku menelan segala asam garam dan pahit manis...haha...mula2 berdepan dengan budak2, hehe...berbagai tip yang aku dapat dari Cikgu Azmi dan Kak Hanan......akhirnya, berjaya aku menghadap muka 21 orang murid di kelas 2S dan 2B......hehe...sekarang baru aku mengerti bagaimana rasanya mengajar...tiap2 hari aku pergi kesekolah, aku rasa bersemangat sekali.....kemudian pada tahun 2008 - 2009, aku mengajar semula selepas aku mendapatkan degree dalam bidang pengurusan dan komunikasi USM.....bermulalah kehidupan aku untuk bergelar sekali lagi....inilah perluangnya kerana aku akan mengajar budak2 yang tak jauh beza umurnya dari ku...budak form 5 dan 6...yang aku boleh anggap seperti adikku sendiri.....lebih2 lagi Kesusasteraan Melayu...memang subjek yang aku paling minat sekali....aku siap beli buku teks Sulalatus Salatin dan Prosa Tradisional....memang giler lah aku minat dengan subjek ini.....mungkin kerana aku ni orang yang klasik sikit kot......orang yang berjiwa orang lama.....di SMK Kalaka, Roban..aku mengenal ragam dan juga menimba seberapa banyak ilmu dan juga kawan2 yang banyak membantu.....sejujurnya, aku rasa seronok sepanjang berada di sekolah itu...apa yang aku buat, aku rasa sangat berbaloi...jiwa aku rasa seronok mengajar........tak pernah aku rasa seseronok itu dalam hidupku.....sumpah.....terima kasih tak terhingga kepada Cikgu Boo Mei Lian kerana sudi memberi peluang kepada aku untuk mengajar.....begitu juga kepada Pengetua, Cikgu Dominic Sullang Majang...setiap kali taklimat, beliau begitu menggalakkan anak buah untuk maju di hadapan.....memang seorang pentadbir yang begitu bertanggungjawab dan mengambil berat hal kebajikan anak2 buahnya.....begitu juga kepada guru2 yang lain, Cikgu Siti Sara (sepupuku sendiri), Cikgu Maling, Cikgu Jelian , Cikgu Kennedy, Cikgu Ajik dan ramai lagi......kita adalah rakan seperjuangan.....hehe......masa cuti, pulak tahun 2008, memang tak der cuti, tapi seronok berada di sekolah, dapat menghias bilik perpustakaan, bilik guru dan menyusun buku dan mengemas kini data buku2 yang tak terbilang banyak...hehe......bersambung

Comments

Popular posts from this blog

MAHLIGAI BERNAMA CINTA....

Beraya di Melaka...umah Pakcik Razak

Penyerahan Watikah Ilmu