Hatiku Terluka Lagi....
Bukannya aku meminta KASIH Cukuplah hanya di sisi Namun ia tetap pergi Kerana KASIH itu sudah tiada Bukannya aku meminta SAYANG Cukuplah hanya ucapan Namun ia tetap menghilang Kerana SAYANG itu sudah tiada Meskipun aku hanya insan biasa Tiada rupa mahupun darjat Hakku hanya ingin DIKASIHI Inginku hanya ingin DISAYANGI Kini hanya tinggal hati kosong Kosong tiada jiwa Biarku tetap sendiri Kerana takdir ku Sudah tersurat Kerana aku tahu satu perkara Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya Biarpun aku hanya tahu menangis dalam hati.....