Terima kasih buat seseorang yang selalu hadir semasa aku sering mengalami kegagalan untuk mengenal pasti di sebalik rasa jiwa yang semakin keliru dengan kehidupan walaupun sebenarnya aku sendiri yang mencari penyakit. Aku tidak pernah menolak takdir kehidupan aku yang masih lagi bersendiri....mungkin 'rezeki' jodoh ku masih kekal rahsia Allah.
Assalammualaikum... Maaf bila lama dah tak bersua di sini Rasa hampir 4 tahun... Bukan ku menyombong... Tapi ruang untukku sudah menjadi sempit Alhamdulillah...ku pulang ke pangkal jalan Tiada ku lupa bila setiap luahan sering menjengah Izinkan aku terus mencoret... Dulu single...kini sudah berdua.. Belum rezeki lagi untuk bertiga... InshaAllah...Doakan untuk kami... Kami doakan untuk kalian juga.. Cukup di sini untuk kali ini.. Harap kita dipanjangkan usia Dipinjamkan kesihatan yang baik Semoga berjumpa lagi di lain hari Assalammualaikum.... Cik Bulan aka fieza_sauti
Bukannya aku meminta KASIH Cukuplah hanya di sisi Namun ia tetap pergi Kerana KASIH itu sudah tiada Bukannya aku meminta SAYANG Cukuplah hanya ucapan Namun ia tetap menghilang Kerana SAYANG itu sudah tiada Meskipun aku hanya insan biasa Tiada rupa mahupun darjat Hakku hanya ingin DIKASIHI Inginku hanya ingin DISAYANGI Kini hanya tinggal hati kosong Kosong tiada jiwa Biarku tetap sendiri Kerana takdir ku Sudah tersurat Kerana aku tahu satu perkara Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya Biarpun aku hanya tahu menangis dalam hati.....
Comments
Post a Comment