Hari Pertama PBS....

Alang2 dah bangun sahur pukul 3.00 pagi, makan, minum ala kadar, aku terus naik atas...langsung tak tdur lagi....kerana memikirkan..macam mana keadaan di sekolah tuh...akhirnya...alhamdulillah segala berjalan lancar, dengan kehadiran GB yang peramah, PK1 dan PK2 serta PKKKnya yang turut mengalu-alukan kehadiran serta tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah terbabit. Malah yang menarik perhatian adalah Guru Bimbingan yang turut memberi kerjasama serta sudi melayan segala pertanyaan kami....selain itu, kehadiran yang terdahulu daripada kami iaitu guru pelatih dari Maktab Rajang yang sedang menjalani Praktikum, serba sebanyak turut juga membantu kami untuk menyesuaikan diri di sekolah terbabit. pertama kali menjejak langkah di sekolah tersebut, seawal 6.45, sudah berkumandang arahan yang menunjukkan tidak lama lagi waktu untuk perhimpunan...seiring dengan doa, lagu negaraku serta doa Asma-Husna..dan beberapa pesanan yang disampaikan oleh guru PK1.....kemudian sejurus selesai perhimpunan barulah kami disuruh masuk ke dalam bilik GB dan diperkenalkan dengan guru Bimbingan.

Dalam satu hari, kami juga turut berpeluang melihat guru pelatih yang sedang praktikum menjalan kan sesi kaunseling kelompok dan turut dirakam dan ditemubualkan....apa nama pensyarah tersebut, ia...Encik Abdul Hadi....yang turut mengatakan bahawa beliau kawan kepada pensyarah Encik Abdullah Ismail. Dengan peluang tersebut, kami telah banyak menanyakan pengalaman PBS, pengalaman menjalankan kaunseling individu, kaunseling kelompok serta menjalankan beberapa aktiviti dan program sekolah serta apa perkara yang penting semasa menjalan Praktikum....fail2nya tebal2....ishx2......

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Untuk Diri Sendiri

Kasih Ibu Tiada Tolok Banding......

Terlalu Jauh....