Posts

Wajah Itu...

Wajah itu Sentiasa tersenyum Madahnya manis Butir katanya sentiasa bermakna Menyelinap seluruh raga Diingati setiap ketika Wajah itu Sentiasa ditunggu setiap waktu Derap kasutnya meniti setiap ruang Waktu berlalu tiada terasa Esoknya sudah pasti dinanti Kedatangannya pasti dirindui Wajah itu Jasanya tiada terkira Biarpun seluas lautan Biarpun sehampar langit Biapun setinggi gunung Pengorbanannya tiada terbalas Wajah itu Terukir terpahat dalam jiwa Diingati setiap kaki ini melangkah Inilah warna yang kau berikan Setulus putih bersih harapan Seindah warna biru kejayaan Seteguh nyalaan merah waja Warnanya tiada luntur... Hari ini.. Bukan ucapan yang selalu berkumandang Pada setiap kunjunganmu Tetapi sebagai penghargaan Setiap pengorbananmu Setiap ajaranmu Setiap penat lelahmu Setiap kasih sayangmu Setiap waktu.... Terima Kasih Guru..... Nukilan; Norhafiza Binti Sauti 16 Mei 2010 1620

Puisi Terakhir Untukmu...

Image
Dulu... Saat kau menghulurkan kasihmu, Kuterima dengan senyuman, Kau ucapkan kata-kata indah Melayari impian maya Seketika... Tali ikatan semakin terurai Ku lepaskan dalam kepayahan Bertahun ku ubati kepedihan ini Melupakan dirimu tidak sekali Sejenak... Pertemuan bagaikan dirancang Bertahun lamanya Dalam dunia yang berbeza Impian yang masih sama Kini... Tiada lagi istilah kasih Tiada lagi istilah cinta Tiada lagi istilah sayang Tiada lagi gurauan manja Andai ini sudah ketentuan untuk kita berdua Biarlah ku lepaskan dengan rela Ada hikmah di sebaliknya Sekiranya ini adalah terbaik untuk kita bersama Biarlah kasih dan sayang ini Ku pendam sampai ke akhir hayatku Dalam kesempatan yang tinggal Dengan beberapa pesanku Layarilah bahteramu dengan limpahan kasihmu Kerana ku tahu dirinya adalah tercipta untukmu Dan aku bukanlah tercipta untukmu Maaf andai ini adalah silapku Kepedihan jiwa ini mungkin sama Seperti yang kau rasa Air mata sudah tiada berguna Inilah jalan yang kita pilih Puisi in...

Bicara Malam

Image
kebisuanmu mencacatkan indahmu mencantikkan peribadimu misteri dirungkai buta kaki langit senyum meninggalkan jejak menantikan siang aku faham sempurnamu amat istimewa hadirmu seumpama penglipur pendengar setia kala berduka walang indahnya bagi mengerti halau segala rongga pedih kadang ku leka nantikan kadang ku tega usirkan tapi kau tetap setia duhai malam.... tiada yang setia dirimu ku nantikan bicaramu andai tika ini kau mendengar bisikan jiwa pasti kau akan mengerti kerana ia sentiasa bertaut kasihnya malam membidangkan bulan menghamparkan bintang hanya malam berbicara seindah kata....

Insan Bernama Kekasih (Unic)

Debar hatiku membisik rindu Ingin aku katakan kau gadis idaman Adakah mungkin kau kumiliki Untuk aku jadikan insan bernama kekasih.. Keayuan yang tergambar lukisan nur iman Bersulamkan keindahan santun perkataan Bagai putih salju mendinginkan hangat perasaan Mengusir segala resah di jiwa Kusampaikan salam ucapan mesra Dan merisik khabar berita Masihkah ada peluang Untuk ku melafazkan cinta Umpama rembulan jatuh ke riba Mendengar khabaran darinya Padaku kau memendam rasa Pada Mu oh Tuhan Ku memohon keredhaan Nur kasih yang ku damba Kekal hingga ke syurga Hanya satu yang ku pinta kebaikan dariNya Moga dipeliharakan tulus cinta kita Agar kukuh ikatan yang murni bahagia selamanya Dengan lafaz pernikahan yang mulia.. Datanglah kasihmu dalam diriku Menghiasi ruang hatiku Akan kusambut dia dengan Sujud penuh kesyukuran kuharap jalinan kian berkepanjangan selagi kasih yang terbina kelana cinta kepadanya kau ku sayangi teman sejati dikaulah sesungguhnya insan bernama kekasih....

Puteriku Sayang (Hijjaz)

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi Berpegang pada janji mengabdikan diri Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama Tiada siapa yang akan boleh merampasnya Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara Mahligai syurga itulah tempatnya

Kerinduan ini...

Image
ku bisikkan kerinduan ini.. melangkau zaman entah bila boleh bersua tidak tertanggung rasa duhai kekasih Allah.... ku bisikkan kerinduan ini.. dalam hati berlagu riang syukur ku bertaut sentiasa menyebut namamu mengenalimu walaupun sekadar sejarah... ku bisikkan kerinduan ini... berkongsi dengan umatmu tanda kasih yang tidak berbagi ku curah rindu ini bahagia menyelinap dalam hati kerana cinta kita tetap sama hanya Allah Yang Esa...

Nilai Air Mata...

Image
tercengkam teguh sedayaku tidak terurai namun tiada maya lerailah air mata... menitis tiada henti... hati ini bagai dihiris halus segenap jasad ini lemah longlai biarlah sekali ini air mata ini mengalir... seolah bisa menghapuskan segala genap sengsara cuma satu tekadku tiada lagi air mata kerana nilainya berharga cukuplah sekali ini ku tumpahkan jua sisa air mata