Posts

Image

Perwatakan melalui Bulan Lahir Anda

Image
(TerimA KasiH CgU Guang) JANUARI Bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang, suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas, teratur, bersifat sensitif, berfikiran mendalam, pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tapi tak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yang sangat tinggi. FEBRUARI Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak, genius, berpersonaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu, rendah diri, jujur, setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya m...

Kutolak Tiada Daya.....

sukar ku mencari di celah-celah sudut sempit kadang kala mataku seolah terpukau di depan mata seakannya hilang disambar cahaya yang entah datang dari mana gusar ku seketika..... risau melekit seluruh badan menjamah seluruh rasa dimanakah ia?? sukar ku menjawab setiap pertanyaan seolah semakin menjerat namun ku masih lagi punya jawapan tersendiri ku buka jendela yang lama tertutup namun masih lagi teguh hampir berkarat dimamah usia namun ku cuba sekuat yang boleh biarlah terbuka sedikit demi sedikit andai dipaksa.... khuatir merajuk tiada terpujuk terhampar indah langit terbentang luas sekosongnya jiwa sukar diduga renungan mata seolah tiada ruang berpatah balik bertongkat tabah kerana bicara hati sepi kian pedih menghambat duka usahlah diduga lagi kerana sampai bila ku mampu bertahan......

Rahsia Yang Bukannya Rahsia Lagi....

Image
Lima sifat wanita yang disukai lelaki : Keibuan - Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang mumpunyai ciri-ciri keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah keibuan mampu membuatkan lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah. Ia turut memudahkan mereka untuk bermanja. Prihatin dan menghargai - Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga. Menjaga penampilan - Wanita yang pandai menjaga penampilan dan kelihatan sentiasa cantik, bersih, kemas dan menarik menjadi pilihan lelaki. Penampilan menunjukkan wanita mampu menghargai diri. Bijak berbicara - Wanita yang bijak berkomunikasi mendapat perhatian lelaki terutama apabila diajak berbual. Wanita seperti ini bukan sahaja menjadi pendengar yang baik tetapi juga mampu memberi input dan bijak mengam...

Bersejarah dalam Peristiwa.....(Pelik jer bunyi errr....)

Dlm musim cuti sekolah nih, tiap2 minggu ada jer kenduri kahwin saudara mara, anak buah yg ambil kesempatan untuk membina masjid dan melangkah ke dunia baru, di samping orang baru yang disayangi.....terfikir jugak aku, nama jer cuti, tapi tak pernah dalam erti kata sebenarnya, cuti yang sentiasa sibuk....maksudnya lgsung tak der masa untuk berehat. Sekarang ni pulak sibuk kena hantor kad jemputan sepupu dari rumah ke rumah saudara. Dari pagi hingga ke malam...adddehh...bukan tak ikhlas, ikhlas sebonarknya, tapi penat tak kater lah...ini baru sepupu kahwin, belum aku sendiri nak kahwin....dah sibuk macam YB.. Byk benda yang aku nak tulis sebenarnya, pasal sebelum balik cuti ari tu, rumah sewa kitaorang tk der air, kena menapak kat rumah akak Kpli Jan kat sebelah nak mandi, lepas tu mintak air kat Auntie kt bawah, alhamdulillah.....terima kasih buat akak dan auntie sebab sudi tolong kitaorang satu rumah waktu kesempitan tak der air.....eehhhh, lupa pulak nak cerita kitaorang siap lagi p...

Biarkan berlalu.....

batang kasih semakin rapuh memohon teguhnya setia perginya kasih tiada sempat berpesan jiwa lebur semakin gundah kian hanyut dibawa arus sepi berjuang tiada undur tiada guna air mata kasih kian terpinggir terbelas tiada dikasihani tinggalah kasih dulu menjadi kenangan hidup pedoman di hari depan

HATI INI...

Image
kian ku rasa... hati ini semakin membatu sukar ku bentuk kerna bentuknya pejal semata bukan rasa terluka cuma rasa cuak usahlah rindu dan kasih datang bertandang di hati membuatkan aku kian terhimpit menanggung kesuma cinta biarlah aku berada di persada tinggi menjulang langit namun ku masih ingat bahawa kaki ku masih terjejak di bumi... hati ini biarlah ku pujuk rayu usahlah kau mengeluh mengharap kasih yang belum pasti ku teruskan perjalanan ini dengan hati yang sepi duhai insan yang pernah hadir dalam hatiku bukanku memandang rendah dirimu tapi aku masih lagi keliru usahlah dirimu mendesak kerana ku pasti hati ini masih lagi membatu belum sedia menerima kasihmu carilah insan lain yang lebih baik duhai insan yang pernah mengharap kasihku maaflah daku kerana pernah menghampakan dirimu bukan ku tak sudi kerana jodoh ini bukanlah untuk ku cinta mu bukannya untuk ku sebelum terlambat... ku ucapkan Selamat Pengantin Baru Doaku titipkan agar kekal berpanjangan Bahagia menyusuri perjalanan ...