Posts

Kini Aku Kembali...

Image
    Assalammualaikum... Maaf bila lama dah tak bersua di sini Rasa hampir 4 tahun... Bukan ku menyombong... Tapi ruang untukku sudah menjadi sempit Alhamdulillah...ku pulang ke pangkal jalan Tiada ku lupa bila setiap luahan sering menjengah Izinkan aku terus mencoret... Dulu single...kini sudah berdua.. Belum rezeki lagi untuk bertiga... InshaAllah...Doakan untuk kami... Kami doakan untuk kalian juga.. Cukup di sini untuk kali ini.. Harap kita dipanjangkan usia Dipinjamkan kesihatan yang baik Semoga berjumpa lagi di lain hari Assalammualaikum.... Cik Bulan aka fieza_sauti

Cerita Cik Bulan

Image
Terima kasih buat seseorang yang selalu hadir semasa aku sering mengalami kegagalan untuk mengenal pasti di sebalik rasa jiwa yang semakin keliru dengan kehidupan walaupun sebenarnya aku sendiri yang mencari penyakit. Aku tidak pernah menolak takdir kehidupan aku yang masih lagi bersendiri....mungkin 'rezeki' jodoh ku masih kekal rahsia Allah.
Terima Kasih Atas Teguran Dan Nasihat... Hamba Rasa Teruja Untuk Memulai Langkah Baru... Harap Hamba Masih Lagi Tidak Terlewat... Terima Kasih Buat Teman... Kerana Sudi Menjadi Backup... Maaf Andai Ada Yang Terasa... Kerana Hamba Insan Biasa... Ada Kurang, Ada Lebih... Sama-sama Melangkah Dan Buat Yang Terbaik... Insyallah...

Hatiku Terluka Lagi....

Bukannya aku meminta KASIH Cukuplah hanya di sisi Namun ia tetap pergi Kerana KASIH itu sudah tiada Bukannya aku meminta SAYANG Cukuplah hanya ucapan Namun ia tetap menghilang Kerana SAYANG itu sudah tiada Meskipun aku hanya insan biasa Tiada rupa mahupun darjat Hakku hanya ingin DIKASIHI Inginku hanya ingin DISAYANGI Kini hanya tinggal hati kosong Kosong tiada jiwa Biarku tetap sendiri Kerana takdir ku Sudah tersurat Kerana aku tahu satu perkara Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya Biarpun aku hanya tahu menangis dalam hati.....

Mimpi Semalam

Tergapai ku dikejar mimpi Hampir mimpi ku sangka realiti Terasa segalanya berpijak di bumi Gusar gundah gentar di hati Yakinku ianya tiada erti Namun hatiku berdolak lagi Kenapa ia datang menghampiri Puasku usir ke jauh dari sisi Hatiku cuba menangkis lagi Ia hanya mainan mimpi Kupasti takkan ada lagi Mungkin ianya pertunjuk Illahi Wajah pagi disinar mentari Ku bangkit menyegarkan diri Dalam hati ku berdoa menadah jari Andai ianya hanya mimpi cukuplah sekali...

Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps

Image
Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza. Mengapa  lelaki mendengar seperti patung Mengapa  peta boleh menyebabkan perceraian Mengapa  lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta Mengapa  lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan Mengapa  apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri Mengapa  wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja Mengapa  lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar Mengapa  lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa Mengapa  lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik Buku  Why ...

MAHLIGAI BERNAMA CINTA....

Padamu ku serahkan  Suatu yg bernama cinta  Kupeluk jasadmu dalam bayangan  Biar tak terasa namun kubahgia  Resahku berlalu  Rindupun bertakhta  Mengharap mimpi memutik kenyataan  Tersentuh di jiwa  Terkesan di hati  Kemelut nan melanda di minda ku ini  Ingin ku katakan  Tapi tak berani  Bimbang jika kau berubah hati  Menjadi benci  Satukan dua jiwa ini  Di mahligai bernama cinta  Biar harus aku korbankan  Kaulah segalanya  Kasih dapatkah kau mengerti  Apa yang tersirat di hati  Bukan gurauan  Satu kebenaran  Nyata impianku bukan khayalan  Kesabaran kini ternyata bererti  Kesetiaanku telah dihargai  Kujanjikan kebahagiaan untuk selamanya  Satukan dua jiwa ini  Di mahligai bernama cinta  Biar harus aku korbankan  Kaulah segalanya  Kasih dapatkah kau mengerti  Apa yang tersirat di hati  Bukan gurauan  Satu kebenaran  Taba...

KeHiLaNgAn AbaDi....

Jiwa ini tersentap... Oleh angin yang merentas Lautan China Selatan Terdudukku termanggu Tiada terkata hatiku Dirampas duka Kibaran rindu Menusuk segenap jiwa Tawamu Sinismu Nasihatmu Marahmu Ramahmu Dukamu Senyummu Terbayang tertara Segenap ruang pandanganku... Kini sudah tiada Dirimu kembali pada Pencipta Ku terima takdir ini Walaupun pedih Semoga dirimu berada di kalangan orang-orang yang beriman Terima Kasih di atas segalanya...ilmu, makan minum, setiap jasa dan nasihatmu.... Terima Kasih Cgu Noryani Ahmad, Pensyarah IPGM KPM, Melaka.....

Nature

Image
   

Sama Merasa Tak Sama Jiwa...

Mata ingin berkata Tapi lidah kelu membisu Rindu kian melingkar Namun akal tetap waras Ingin kasih menyinar Namun cintanya tak pasti

Di Kejauhan Rindu...

Image
....... hilangnya aku dalam diri timbulnya sayang mencari erti kasih terbuang dalam luka terubat dikitar masa .......  menjelangnya cahaya memimpin dalam buta  indahnya mula terasa  berseri indah mewarna senyum dihias manis  ....... dicari sudah ada digenggam takut putus dilepas takut hilang dimimpi tiada esok dipandang sekadar jauh didoa agar kekal  agar ku tiada putus harapan di hari esok

Di Halaman Kasih Si Cilik

Image
Kasih... Dari jauh ku dengarin Laungan riang terperi Mengamit rindu pada kenangan Zaman kanak-kanak terimbau kembali Syahdunya senyum tawanya Menerbit kasih dalam hatiku Kasih... Tingkahmu menghibur jiwa Mengundang indah tersemat diminda Mana mungkin ku tak terpaut Pada wajah yang masih daif Ingin ku belai selalu Setiap waktu Kasih... Inilah dunia cintaku Kasihnya terhulur untukku Harusku sambut ku gapai jarinya Kupimpin ke halaman kasih Kehidupanku kian bewarna Semarak dengan kasihmu....

Hujan

Image
Duhai hujan Datangmu kala dijangka Kadang tiada terduga Merembat segala rasa Meruntuh jiwa raga Hinggaku luruh gugur Di lantai bumi Duhai hujan Seringku tersentak Gian tempiasmu tiada belas Hampirku tersungkur Dibuai terusan kerasmu Namun ku bertahan Sedayaku usai tamat Duhai hujan Andainya aku bakal menghilang Jauh tiada terjangkau Tempiaskanlah pesanku Andai bisa dirinya tahu Cinta dan rinduku kekal untukmu Sepanjang hayatku....

Destinasi

Image
Dalam rentasan embun pagi Sedayanya bertahan Dinginnya mencengkam tulang Sesusuk jasad sentiasa menunduk Kaki tetap gagah menyusur Pandangnya tetap ke depan Nun jauh tiada terjangkau Asyik kakinya terbenam Batang reput tiada tahan terbeban Sering terduduk menyapu lumpur Selut di pinggir tetap diredah Niat hati teguh terpahat Asal sampai ke hujung jalan Senyumnya menghias bibir Duduknya merehat urat Sebelum mengerah tenaga tua Air sejuk bekalan sehari Nasi dingin dan ikan masin Sesekali air kopi pahit Diteguk perlahan Meresap seluruh rongga Senja di bawa pergi Melabuh menanti malam Sekali lagi kaki dihayun Namun tetap sampai Ke destinasi

Petang Semalam...

Image
Seperti kebiasaannya, aku pergi menjemput emak pulang dari sawah padi dan dari jauh aku melihat setegak berdiri kukuh payung merah dalam rimbunan segar hijau daun padi dari jauh. Sejenak aku berhenti di tepi sawah ibu selepas meletakkan motosikal, memerhati payung dan daun padi yang segar. Baru aku perasan, itulah payung yang hampir aku buang ke dalam tong sampah sedikit masa dulu dan kini ia berdiri tegah memayungi emak di bawah terik cahaya matahari. Emak memberitahu, dalam segar kehijauan padi menenang hatinya, merah payung itu merangsang mindanya. Aku tergelak mendengar kata-kata emak tetapi dalam diam aku menaksir maksudnya kata-kata emak. Ya, itulah pernah aku dengar dari seorang pensyarah dan juga idola mengatakan bahawa warna boleh menafsirkan sikap dan personaliti seseorang serta mempunyai fungsi yang tertentu dalam sepanjang kehidupan seseorang. Dalam kesibukan kita mengejar kejayaan dan matlamat, tanpa sedar warna memainkan peranan penting. Pakaian, kasut, beg...

Hold My Hand Lyrics

By: Maher Zain I hear the flower’s kinda crying loud The breeze’s sound in sad Oh no Tell me when did we become, So cold and empty inside Lost a way long time ago Did we really turn out blind We don’t see that we keep hurting each other no All we do is just fight Now we share the same bright sun, The same round moon Why don’t we share the same love Tell me why not Life is shorter than most have thought Hold my hand There are many ways to do it right Hold my hand Turn around and see what we have left behind Hold my hand my friend We can save the good spirit of me and you For another chance And let’s pray for a beautiful world A beautiful world I share with you Children seem like they’ve lost their smile On the new blooded playgrounds Oh no How could we ignore , heartbreaking crying sounds And we’re still going on Like nobody really cares And we just stopped feeling all the pain because Like it’s a daily basic affair Now we share the same bright sun, The same round moon Why don’t we shar...

3 Hari 3 Rasa...

Bila cinta ini tak lagi bermakna untuk apa lagi diteruskan setelah kini ku tahu kebenarannya pahit sekali jauh hati tak mungkin akan berpaling selamanya biarpun ruang masih ada untuk dilukai lagi... 1 November 2010 Hujan semakin lebat seolah sukar untuk berhenti memuntahkan segala kesedihan yang terpatri selama ini biarkan asalkan puas mungkin nanti matahari akan kembali menyinar setelah pelangi pergi... 8 November 2010 Duri menyucuk-cucuk menusuk ke dalam hati sukar dicabut kerana bisanya menular ke pelusuk jasad kaku segala perasaan hanya sedu sebagai peneman bicara bisu... 13 November 2010

Terlalu Jauh....

Image
Di dada langit aku menilik Ribuan bintang setia berkelip Jasad rela hati terbuai Kejap dihimpit rasa Jauh kaki berjalan Menongkah pasir dan ombak Namun rasa tetap celaru Pandangan semakin sempit Terlalu jauh kasih menyepi Terhenti di tengah jalan Seperti ada yang hilang Tapi masih ada di sisi Jauh pandang ke hadapan Tapi masih ada yang tertinggal Kusut jenuh memikir Terduduk merenung kaki langit Hilangnya cahaya mentari Terlalu jauh digenggam tiada Merintih tiada kembali Adakah sama seperti dulu.... Lagu lewat malam beralun Melabuhkan tirai gelapnya Kebenaran terasa menampar Terus menusuk ke sanubari Senang sumpah diucapkan Mudah terluah janji diikat Terlerai semuanya umpama mimpi Terima seadanya takdir diberi Diuji hati milik yang Esa Kuserahkan pada yang Kuasa Terlalu jauh ku menyisih Aku kembali pada yang Hak

FOR THE REST OF MY LIFE (MAHER ZAIN)

Image
I praise Allah for sending me you my love You found your home and sail with me And I`m here with you Now let me let you know You`ve opened my heart I was always thinking that love was wrong But everything was changed when you came along OOOOO And there is a couple words I want to say Chorus: For the rest of my life I`ll be with you I`ll stay by your side honest and true Till the end of my time I`ll be loving you...loving you For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever II`ll be there for you I know it deep in my heart I feel so blessed when I think of you And I ask Allah to bless all we do You`re my wife and my friend and my strength And I pray we`re together in Jannah Now I find myself so strong Everything changed when you came along OOOO And theres a couple word I want to say *Repeat Chorus I know that deep in my heart now that you`re here Infront of me I strongly feel love And I have no doubt And I`m singing loud that I`ll love you et...

BENAR-BENAR CINTA!!!

Sayang... Betapa laut berombak riang, Begitu jugalah hatiku.. Tatkala menerima warkah kasih darimu.. Disaat ini... Hatiku seakan merasakan sesuatu.. Yang asing..yang aku sendiri tidak tahu bagaimana Hendak menjelaskan perasaan ini... Kau tahu... Terlintas di kotak mindaku.. Satu kata-kata puitis.. "Cinta itu lahir selepas duka" Itulah dia cinta yang matang.....!! Cinta sejati hadir di sudut hati.. Mendabik dada menebarkan sayap besarnya.. Agar bisa terbang tinggi.. Menongkah langit tujuh.. Dan pada saat ini, Baru ku merasakan.... Benar-benar CINTA!!! inilah puisi semasa bercinta selepas persekolahan....haha~bila dikenang semula...bagaikan diputar kembali piring hitam bila saat berjumpa, saat berjalan bersama, saat mula-mula memerah muka kerana malu2 kucing....manisnya saat bercinta...