Posts

Kini Aku Kembali...

Image
    Assalammualaikum... Maaf bila lama dah tak bersua di sini Rasa hampir 4 tahun... Bukan ku menyombong... Tapi ruang untukku sudah menjadi sempit Alhamdulillah...ku pulang ke pangkal jalan Tiada ku lupa bila setiap luahan sering menjengah Izinkan aku terus mencoret... Dulu single...kini sudah berdua.. Belum rezeki lagi untuk bertiga... InshaAllah...Doakan untuk kami... Kami doakan untuk kalian juga.. Cukup di sini untuk kali ini.. Harap kita dipanjangkan usia Dipinjamkan kesihatan yang baik Semoga berjumpa lagi di lain hari Assalammualaikum.... Cik Bulan aka fieza_sauti

Cerita Cik Bulan

Image
Terima kasih buat seseorang yang selalu hadir semasa aku sering mengalami kegagalan untuk mengenal pasti di sebalik rasa jiwa yang semakin keliru dengan kehidupan walaupun sebenarnya aku sendiri yang mencari penyakit. Aku tidak pernah menolak takdir kehidupan aku yang masih lagi bersendiri....mungkin 'rezeki' jodoh ku masih kekal rahsia Allah.
Terima Kasih Atas Teguran Dan Nasihat... Hamba Rasa Teruja Untuk Memulai Langkah Baru... Harap Hamba Masih Lagi Tidak Terlewat... Terima Kasih Buat Teman... Kerana Sudi Menjadi Backup... Maaf Andai Ada Yang Terasa... Kerana Hamba Insan Biasa... Ada Kurang, Ada Lebih... Sama-sama Melangkah Dan Buat Yang Terbaik... Insyallah...

Hatiku Terluka Lagi....

Bukannya aku meminta KASIH Cukuplah hanya di sisi Namun ia tetap pergi Kerana KASIH itu sudah tiada Bukannya aku meminta SAYANG Cukuplah hanya ucapan Namun ia tetap menghilang Kerana SAYANG itu sudah tiada Meskipun aku hanya insan biasa Tiada rupa mahupun darjat Hakku hanya ingin DIKASIHI Inginku hanya ingin DISAYANGI Kini hanya tinggal hati kosong Kosong tiada jiwa Biarku tetap sendiri Kerana takdir ku Sudah tersurat Kerana aku tahu satu perkara Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya Biarpun aku hanya tahu menangis dalam hati.....

Mimpi Semalam

Tergapai ku dikejar mimpi Hampir mimpi ku sangka realiti Terasa segalanya berpijak di bumi Gusar gundah gentar di hati Yakinku ianya tiada erti Namun hatiku berdolak lagi Kenapa ia datang menghampiri Puasku usir ke jauh dari sisi Hatiku cuba menangkis lagi Ia hanya mainan mimpi Kupasti takkan ada lagi Mungkin ianya pertunjuk Illahi Wajah pagi disinar mentari Ku bangkit menyegarkan diri Dalam hati ku berdoa menadah jari Andai ianya hanya mimpi cukuplah sekali...

Why Men Don't Listen And Women Can't Read Maps

Image
Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza. Mengapa  lelaki mendengar seperti patung Mengapa  peta boleh menyebabkan perceraian Mengapa  lelaki jatuh cinta dan wanita putuskan cinta Mengapa  lelaki tidak mampu berbohong kepada perempuan Mengapa  apabila wanita bercakap, lelaki terasa dileteri Mengapa  wanita menghargai hubungan, lelaki menghargai kerja Mengapa  lelaki berperut buncit dan wanita berpunggung besar Mengapa  lelaki hanya dapat melakukan satu perkara pada satu masa Mengapa  lelaki diibaratkan ketuhar gelombang mikro dan wanita ketuhar elektrik Buku  Why Men Don't Listen and Women Can't Read Map

MAHLIGAI BERNAMA CINTA....

Padamu ku serahkan  Suatu yg bernama cinta  Kupeluk jasadmu dalam bayangan  Biar tak terasa namun kubahgia  Resahku berlalu  Rindupun bertakhta  Mengharap mimpi memutik kenyataan  Tersentuh di jiwa  Terkesan di hati  Kemelut nan melanda di minda ku ini  Ingin ku katakan  Tapi tak berani  Bimbang jika kau berubah hati  Menjadi benci  Satukan dua jiwa ini  Di mahligai bernama cinta  Biar harus aku korbankan  Kaulah segalanya  Kasih dapatkah kau mengerti  Apa yang tersirat di hati  Bukan gurauan  Satu kebenaran  Nyata impianku bukan khayalan  Kesabaran kini ternyata bererti  Kesetiaanku telah dihargai  Kujanjikan kebahagiaan untuk selamanya  Satukan dua jiwa ini  Di mahligai bernama cinta  Biar harus aku korbankan  Kaulah segalanya  Kasih dapatkah kau mengerti  Apa yang tersirat di hati  Bukan gurauan  Satu kebenaran  Tabahkanlah hatimu oh kasih  Mengharungi dugaan  Ku tetap disisimu oh kasih  Usah kau curiga  Percayalah sayangku...